SEREMBAN: Dua warga asing ditemui maut dengan kesan kecederaan hentakan di muka di rumah kedai Pusat Komersial Oakland di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 6.45 petang tadi dan sejurus tiba ditempat kejadian polis menemukan tiga warga Nepal termasuk seorang lagi yang berada dalam keadaan normal.
Katanya kedua-dua mangsa itu merupakan pengawal keselamatan berusia 35 tahun dan 46 tahun berada di lokasi kejadian yang merupakan tempat pekerja mengambil makanan.
"Setelah tiba di lokasi kejadian, polis mendapati dua lelaki bangsa Nepal telah mati dan seorang lagi masih dalam keadaan normal. Motif kejadian masih dalam siasatan.
"Keadaan kedua-dua mangsa adalah terlentang berada berjauhan antara satu sama lain dan terdapat kecederaan di bahagian muka dipercayai ada kesan hentakan tetapi polis masih memerlukan pemeriksaan forensik," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata polis mendapati lelaki yang berada bersama mangsa tersebut dipercayai di bawah pengaruh alkohol selain turut menemukan tukul yang disyaki senjata digunakan dalam kes itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022

Kedua-dua mangsa merupakan pengawal keselamatan berusia 35 tahun dan 46 tahun. - Gambar hiasan

Bayaran PLKS kru nelayan warga asing dikurangkan - DOF
Kadar bayaran PLKS bagi kru nelayan asing dikurangkan kepada RM320 seorang untuk sektor pertanian bagi tempoh enam bulan pertama.

Twitter alami gangguan teknikal
Walaupun tweet yang dimuat naik sebelum ini masih kelihatan, pengguna berdepan dengan mesej "anda telah melebihi had harian untuk menghantar tweet".

Piala Dunia Kelab: Real intai gelaran dunia buat kali kelima
Kualiti cemerlang Real memastikan mereka melakukan pehitungan final dengan Al-Hilal di final Sabtu ini.

Inisiatif Menu Rahmah tidak libat perbelanjaan kerajaan - Salahuddin
Salahuddin berkata, ia adalah sepenuhnya komitmen peniaga yang secara sukarela menyertainya.

Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.

Pakar undang-undang antarabangsa, Prof Rothwell sampai syarahan ulung di USIM
Beliau berkunjung ke USIM dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bagi menyampaikan kuliah umum berjudul The Regime of Islands under International Law'

Michael Rechner isi posisi kontroversi Bayern Munich
Tindakan juara Bundesliga itu dikatakan berpunca daripada mengalami hubungan dinginnya dengan pengurus, Julian Nagelsmann.

Fenomena 'brain drain' masih boleh beri manfaat kepada negara - TPM Fadillah
Antara faktor berlakunya brain drain adalah kerana terdapatnya fasiliti dan sistem sokongan yang lengkap di negara lain.

Pendekatan 'merakyat' lonjak populariti Anwar di persada antarabangsa - Zambry
Pendekatan 'merakyat' Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan beliau dihormati dan sentiasa mendapat perhatian di persada antarabangsa.

TFC nafi Akhyar bakal berhijrah ke Terengganu
Menurut Ab Rasid, tiada sebarang perbincangan antara TFC dan JDT melibatkan pemain skuad kebangsaan kelahiran Kedah itu.

Lelaki kurang siuman maut dipukul, pengawal keselamatan direman 7 hari
Mangsa sebelum itu dikatakan mengamuk sekitar Surau Pasar Kota Jembal yang terletak berhampiran ketika waktu solat zuhur sebelum pergi ke masjid berkenaan.

Pemungut besi buruk dihukum gantung sampai mati
Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati R Saravanan bersalah membunuh pengawal keselamatan, K Gobi Nathan pada lapan tahun lalu.

Sharnaaz Ahmad tiba di mahkamah
Pelakon filem 'Juvana' itu sempat mengucapkan selamat pagi kepada wartawan yang berkumpul di lobi mahkamah.

Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ugut bunuh polis
Muhamad Hafidz Azrul Mat Nizan, 25, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Piala Dunia Qatar: Pengawal keselamatan temui ajal jatuh di stadium
John Njau Kibue diberikan rawatan kecemasan dan dibawa ke hospital berdekatan sebelum meninggal dunia di ICU malam tadi.

Dua ditemukan rentung dalam pondok pengawal di Kulim
Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari dalam pondok pengawal tersebut.

Dua pengawal keselamatan maut dengan kesan hentakan pada muka
Dua warga asing ditemui maut dengan kesan kecederaan hentakan di muka di rumah kedai Pusat Komersial Oakland di sini hari ini.

Pengawal keselamatan maut dilanggar kereta di Sungai Petani
Mangsa yang berusia 27 tahun maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Pengawal keselamatan maut tersepit pagar automatik
Seorang pengawal keselamatan warga Pakistan maut selepas tersepit pada pagar automatik sebuah gudang perkasas besi di Jalan Sri Purnama 5, di sini, pada Khamis malam.

Pengawal keselamatan ditahan dipercayai dera anak angkat 4 tahun
Seorang pengawal keselamatan ditahan kerana dipercayai mendera anak angkatnya yang berusia empat tahun di sebuah pangsapuri di sini, pada Khamis.