awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
JDT sambar khidmat bekas pemain sayap B-20 Brazil
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pengikut 'Tuhan Harun' dijatuhi hukuman mati

Astro Awani
Astro Awani
27/12/2016
11:09 MYT
Dua pengikut 'Tuhan Harun' dijatuhi hukuman mati
Mahkamah Tinggi Kuantan menjatuhkan hukuman mati terhadap dua pengikut tuhan harun yang terbabit dalam pegawai JAIP. - Gambar Astro AWANI
Mahkamah Tinggi Kuantan menjatuhkan hukuman mati terhadap dua pengikut Tuhan Harun yang terbabit dalam pembunuhan Ketua Penolong Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lalu.
Sumustapha Suradi, 41 tahun dan Shamsinar Abdul Halim, 39 tahun didapati bersalah membunuh Ahmad Raffli pada 1.50 petang, di no 7, Lorong Im 2/29, Bandar Indera Mahkota, Kuantan pada 10 Nov 2013.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan selepas berpuas hati dengan hujah pendakwaan berdasarkan ketereangan anak dan isteri mangsa.
Kedua-dua mereka didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara empat lagi tertuduh iaitu Azida Mohd Zol,33 tahun, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 40 tahun dan Jefferi Safar, 39 tahun dilepas dan dibebaskan selepas pendakwaan gagal membuktikan penglibatan mereka dalam konspirsi berkenaan.
Pihak pendakwaan dibarisi Timbalan Pendakwa Raya Khamizah Salleh, Nurul Farahah Mohd Suah Dan Shahrul Ekhsan Hasim manakala tertuduh diwakili peguam Hermes Putra Media Ibrahim dan Naim Mahmud
Tuduhan terhadap Tuhan Harun atau Harun Mat Saat, 50 tahun yang meninggal dunia pada 16 Ogos digugurkan selepas peguamnya, Amir Hamzah Arshad membuat permohonan berkenaan.
Sepanjang perbicaraan berlangsung, seramai 54 saksi dipanggil memberi keterangan termasuk saksi yang berada di bawah Unit Perlindungan Saksi.
Topic Berkaitan
#Jabatan Agama Islam Pahang
#JAIP
#Tuhan Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan