awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua penjenayah mati dalam kejadian berbalas tembakan di Gurun

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/12/2022
02:20 MYT
Dua penjenayah mati dalam kejadian berbalas tembakan di Gurun
Dua penjenayah dikehendaki polis maut dalam insiden berbalas tembakan di Jalan Jeniang-Kalai malam tadi. -Foto PDRM
GURUN: Dua penjenayah dikehendaki polis maut dalam insiden berbalas tembakan di Jalan Jeniang-Kalai, dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, dalam kejadian pada 11 malam itu, kedua-dua suspek dikesan berada di dalam kereta berhampiran loji air dalam keadaan mencurigakan sebelum diarah berhenti oleh polis.
Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan terus memecut menyebabkan polis terpaksa memintas kenderaan dinaiki kedua-dua suspek.
"Ketika polis mahu membuat pemeriksaan, dua suspek terbabit terus melepaskan tembakan membuatkan berlaku insiden tembak-menembak.
“Anggota polis terpaksa membalas tembakan untuk mempertahankan diri.
"Pemeriksaan mendapati suspek berusia 61 dan 48 tahun itu yang juga lelaki warga tempatan maut akibat ditembak.
"Siasatan mendapati seorang daripada suspek mempunyai lebih 60 rekod lampau membabitkan pelbagai kesalahan.
"Suspek berkenaan juga turut dikehendaki polis kerana terbabit dalam lebih 15 kes samun," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Wan Hassan, pemeriksaan lanjut menemukan dua pucuk pistol serta pelbagai peralatan pecah rumah di dalam kenderaan dinaiki suspek.
Mayat kedua-dua suspek dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Jalan Jeniang-Kalai
#berbalas tembakan
#Wan Hassan Wan Ahmad
#penjenayah dikehendaki polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan