awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
Wabak tibi di Pulau Pinang terkawal, tiada kluster dilaporkan - Exco
Sebuah kilang perabot terbakar, asap tebal selubungi kawasan Petaling Jaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua peserta Himpunan GARAH direman sehingga esok - Peguam 


Seth Akmal
Seth Akmal
08/02/2026
09:09 MYT
Dua peserta Himpunan GARAH direman sehingga esok - Peguam 

Peserta Himpunan GARAH Zamri Vinoth dan Tamim Dahri direman hingga esok, kata kata Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kedua-dua peserta Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) direman sehingga esok, kata Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki.
Menurut Hisham, Zamri Vinoth dan Tamim Dahri Abdul Razak dijangka dibebaskan pada jam 8 malam esok sekiranya tiada permohonan lanjutan oleh pihak polis.
“Kedua-dua mereka direman dua hari sehingga esok,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Kedua-duanya diwakili oleh barisan peguam, termasuk Haniff Khatri Abdulla, Aidil Khalid, serta beberapa peguam lain.
Mereka disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta SKMM).
Pada masa sama, Hisham mengesahkan kedua-duanya akan ditahan di IPD Dang Wangi sehingga selesai pengambilan keterangan.
Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan pihak polis telah memohon perintah reman terhadap kedua-duanya pada hari ini.
Difahamkan kedua-duanya ditahan bersama 17 peserta yang lain ketika berada di lokasi Himpunan GARAH di ibu kota pada jam 8 malam semalam.
Zamri yang juga Penyelaras GARAH berkata himpunan itu bertujuan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang menentang jenayah ceroboh yang tiada kaitan dengan mana-mana kaum mahupun agama.
Dalam kenyataan berasingan, PPMM menyuarakan rasa kesal di atas penahanan tersebut dan menegaskan Hak berhimpun secara aman adalah hak asasi yang dijamin oleh Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
“Tindakan penangkapan dan penahanan oleh pihak polis ini jelas menimbulkan kebimbangan serius terhadap budaya demokrasi.
“Memberi kesan buruk terhadap imej negara di peringkat antarabangsa melalui tindakan yang tidak mengikut dan bertentangan norma prinsip asas Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan hari ini.
PPMM menegaskan bahawa suara rakyat tidak boleh dibungkam dan hak berhimpun secara aman mesti dipertahankan sebagai asas kepada demokrasi yang matang dan berfungsi.
Topic Berkaitan
#Himpunan GARAH
#akta hasutan
#Kuala Lumpur
#polis
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan