awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong terima menghadap Anwar, dipersembah taklimat isu semasa negara
Kehilangan Nadia Kesuma dilaporkan kepada polis Arab Saudi
Bekas wartawan FMT akan dibebas selepas selesai rakam percakapan - Saifuddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pintu masuk utama jalan darat Johor-Singapura ditutup sepenuhnya tengah malam ini

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
17/03/2020
14:14 MYT
Dua pintu masuk utama jalan darat Johor-Singapura ditutup sepenuhnya tengah malam ini
Tiada perjalanan keluar masuk termasuk bagi rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di Singapura untuk keluar atau masuk ke negara ini selepas tengah malam ini. - Gambar fail
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberi kata putus, rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di Singapura tidak dibenarkan melakukan demikian mulai tengah malam ini.
Dihubungi Astro AWANI berkata, mereka perlu akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan dikuatkuasakan tepat jam 12 tengah malam ini.
Polis Johor juga akan menempatkan lebih 40 anggota di kedua-dua pintu utama masuk darat membabitkan Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Bukit Chagar dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) , Gelang Patah, mulai tengah malam ini.
Katanya, tiada perjalanan keluar masuk termasuk bagi rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di Singapura untuk keluar atau masuk ke negara ini selepas tengah malam ini.
Dua pasukan di CIQ BSI dan CIQ KSAB ditempatkan bagi membantu Jabatan Imigresen Malaysia malah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi membantu kelicinan keputusan yang diambil.
Pada petang Selasa, Datuk Ayob Khan dikatakan menghadiri taklimat khas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum memberikan keputusan mengenai sama ada rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di Singapura turut dihalang keluar dari negara.
Topic Berkaitan
#ayob khan mydin pitchay
#kerja di singapura
#ketua polis johor
#pekerja Malaysia
#perintah kawalan pergerakan
#rakyat Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan