awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakan didakwa bunuh lelaki di kolam ikan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/01/2022
04:16 MYT
Dua rakan didakwa bunuh lelaki di kolam ikan
Kedua-dua mereka didakwa bersama-sama membunuh D. Gunasealan pada 13 September 2021. - Astro AWANI
TAPAH: Dua rakan didakwa di Mahkamah Majistret Tapah pada Khamis atas tuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah kolam ikan di Bidor, September tahun lalu.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, N. Mageswaran, 31, dan M. Anbu, 30, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan serentak di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Sah.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa bersama-sama membunuh D. Gunasealan, 30, antara jam 2 pagi hingga 7.30 pagi di kolam ikan Kampung Poh, Bidor pada 13 September 2021.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 21 Mac hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia dan forensik.
Mahkamah turut membenarkan tertuduh kedua, Anbu untuk mendapatkan rawatan perubatan kerana sakit kaki.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Hidayu Zakaria manakala peguam J. Gunamalar mewakili tertuduh kedua, Anbu.
Tertuduh pertama, Mageswaran bagaimanapun tidak diwakili peguam.
BACA: Mayat mangsa culik tahun lalu ditanam di kebun sawit
Topic Berkaitan
#tuduhan bunuh
#Mahkamah Majistret
#Tapah
#bunuh rakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan