awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakan didakwa edar dadah lebih 54kg

Bernama
Bernama
07/10/2021
10:47 MYT
Dua rakan didakwa edar dadah lebih 54kg
Mahkamah menetapkan 8 Disember untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia. - Gambar hiasan
SUNGAI PETANI: Dua rakan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat 54.72 kilogram, bulan lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Amiruddin Yaakub, 31, peniaga 'ayam gunting' dan Nurzaihan Ismail, 41, penganggur, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad.
Mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya iaitu methamphetamine di hadapan sebuah rumah di Persiaran Amanjaya 10, Bandar Amanjaya di sini, pada 8.10 pagi, 27 September lepas.
Kedua-dua lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 8 Disember untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Mohd Fakruzi Ismail manakala Nurzaihan diwakili peguam Shaharuddin Mohamed sementara Amiruddin tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#edar dadah
#methamphetamine
#mahakamah
#Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan