awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rakan rompak kedai runcit guna sabit dipenjara, sebat

Bernama
Bernama
27/09/2023
07:34 MYT
Dua rakan rompak kedai runcit guna sabit dipenjara, sebat
Mohamad Syakir Azroy Md Rodi, 28, dan Mohd Azwan Harun, 34, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu. - Gambar/ Bernama
KUALA TERENGGANU: Dua rakan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai runcit di Chabang Tiga dekat sini, pada 13 Sept lepas.
Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamad Syakir Azroy Md Rodi, 28, dan Mohd Azwan Harun, 34, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mereka dituduh merompak wang berjumlah RM1,500 bersenjatakan sebilah sabit yang boleh menyebabkan kematian dan mencederakan juruwang kedai berkenaan dengan melibas sabit sehingga menyebabkannya cedera di leher.
Kedua-dua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah kedai runcit di Chabang Tiga dekat sini pada pukul 2.30 pagi pada 13 Sept lepas.
Perbuatan mereka telah dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.
Pertuduhan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Nabihah Hanim Ayim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rompak bersenjata
#sabit
#Kuala Terengganu
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan