LABUAN: Dua remaja lelaki telah dimasukkan ke hospital selepas dipercayai disengat obor-obor kotak semasa berenang di pantai Sungai Miri yang popular pada pagi Sabtu.
Kedua-dua mangsa sedang berkelah bersama keluarga mereka di pantai yang memiliki pemandangan matahari jatuh sebelum insiden itu berlaku pada 11 pagi dan segera dikejarkan ke Hospital Labuan untuk rawatan serta dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Pengarah Jabatan Perikanan Labuan Faizal Ibrahim Suhaili berkata sepasukan anggota daripada Cawangan Perlindungan Sumber telah dihantar ke lokasi kejadian untuk melakukan pemantauan dan mengambil sampel.
"Kami telah menerima laporan mengenai insiden remaja disengat obor-obor... dan pasukan kami kini berada di kawasan pantai terbabit untuk menentukan spesies plankton itu.
"Kami berharap obor-obor yang menyerang kedua-dua remaja bukan daripada spesies Portuguese man o' war yang terkenal kerana sengatan berbisanya, oleh itu, kami ingin menasihati pengunjung pantai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil risiko apabila terlihat obor-obor itu di dalam air," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Profesor Madya Dr B A Venmathi Maran daripada Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata ia mungkin obor-obor kotak.
"Di perairan Sabah, kami menemukan hanya satu spesies iaitu Chironex yamaguchii yang terdapat di semua perairan pantai Sabah tetapi ini adalah maklumat pertama mengenai obor-obor kotak yang diterima dari Labuan setakat yang saya tahu," katanya ketika dihubungi.
Beliau memberi amaran bahawa pada kebiasaannya, cuaca kering dan panas telah menyebabkan spesies ini bertambah banyak dari sekarang hingga bulan Jun.
Pada 2019, sekurang-kurangnya enam orang telah disengat di Sabah, yang menyaksikan seorang daripada mereka maut iaitu kanak-kanak berusia tujuh tahun dari Kota Belud manakala di Pulau Sapi, satu kematian dilaporkan pada 2006.
Saintis UMS itu berkata perenang dan pengunjung pantai hendaklah berhati-hati dengan obor-obor ini kerana ia berbahaya dan sengatannya boleh membunuh jika tidak diberikan rawatan segera.
"Obor-obor kotak adalah telus dan sukar dilihat di dalam air, sengatannya boleh mengakibatkan serangan jantung dan pernafasan terhenti selain kesakitan yang tidak tertanggung, oleh itu, terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa perenang tidak menyedari kehadiran haiwan itu sehinggalah mereka disengat," katanya.
Beliau berkata susulan kes itu, populasi obor-obor dijangka lebih tinggi serta menjejaskan perairan Sabah dan Labuan susulan cuaca pada bulan-bulan yang mendatang.
"Jika anda disengat, letakkan cuka di tempat luka selama 30 hingga 45 saat untuk menyahaktifkan nematosista yang tidak habis dikeluarkan pada tentakel (obor-obor), jangan gosok.
"Segera dapatkan rawatan perubatan. Lebih baik mengelak kawasan di mana obor-obor diketahui berada. Saya meminta pihak berkuasa untuk meletakkan papan tanda amaran di pantai.
"Lebih baik memakai pakaian pelindung yang menutup seluruh tubuh dan membawa cuka jika anda ke pantai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 07 2021
Obor-Obor kotak adalah telus dan sukar dilihat di dalam air, sengatannya boleh mengakibatkan serangan jantung dan pernafasan terhenti. - Gambar fail
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Selangor sanggup bayar kerugian Piala Sumbangsih
SELANGOR FC sanggup menerima apa sahaja hukuman termasuk membayar kerugian susulan skuad Gergasi Merah itu menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Semua berada di belakang Selangor FC - Nidzam
Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil percaya sokongan tidak berbelah bahagi diterima skuad Gergasi Merah itu selepas kejadian menyedihkan menimpa Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Yaya Empire beri inspirasi, jayakan malam seni HBN 2024 Kelantan
Sambutan Hari Belia Negara 2024 peringkat negeri Kelantan menutup tirai dengan malam seni yang penuh gilang gemilang.
Kerajaan kecam pihak ugut bunuh, hantar peluru kepada Teresa Kok
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak yang menghantar kertas ugutan bunuh bersama dua peluru kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Teresa Kok terima kertas ugutan bunuh berserta peluru
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima kertas ugutan bunuh bersaiz A4 bersama dua peluru yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.
Dua buruh Indonesia maut dihempap dinding parit konkrit
Mayat mangsa yang identitinya dikenal pasti sebagai Tadi, 29 tahun dan Mustaqim, 42 tahun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Gempa bumi Taiwan: Seorang terbunuh, lebih 50 orang cedera
Seorang terbunuh dan lebih 50 orang cedera selepas beberapa siri gempa bumi kuat melanda pantai timur Taiwan.
2 maut bas persiaran terbalik di Bentong
Dua penumpang yang maut melibatkan seorang lelaki warga asing manakala seorang wanita yang tidak dapat disahkan kewarganegaraannya.
Dua rakan lemas ketika mandi di Pantai Teluk Lipat
Mohammad Atiff Farrdugi Zainudin dan Muhammad Danish Mikail Abdullah, ditemukan lemas manakala Ahmad Azril Farhan Mat Zain, selamat.
Lelaki ditahan disyaki pukul ibu hingga maut guna kasut keselamatan, tukul besi
Suspek 33 tahun yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu ditahan di tempat kerjanya di Taman Sentosa, Klang.
Lelaki dikejar hingga ke kedai kopi sebelum maut ditetak
Pemandu lori berusia 27 tahun dipercayai dibunuh oleh dua lelaki bersenjata parang dan sabit.
Wanita hamil maut motosikal dinaiki berlanggar dengan van klinik pergigian
Seorang wanita Orang Asli yang hamil empat bulan maut selepas motosikal dinaikinya berlanggar dengan van klinik pergigian di Kilometer 37.8 Seremban-Tampin, Pekan Kota di sini petang tadi.
Jumlah korban kilang terbakar di New Delhi meningkat kepada 11 orang
Menurut bomba, identiti mangsa yang rentung, semuanya pekerja kilang, masih belum dapat dipastikan.
Seorang maut, 22 cedera dalam insiden tembakan di Missouri, AS
Kejadian berlaku di Union Station ketika orang ramai berkumpul menyaksikan perarakan pasukan Kansas City Chiefs.