awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua rentung, van bawa muatan diesel langgar pokok tepi jalan

Bernama
Bernama
20/07/2022
06:16 MYT
Dua rentung, van bawa muatan diesel langgar pokok tepi jalan
Apabila api berjaya dipadamkan sepenuhnya, pasukan bomba mengeluarkan mayat mangsa dan kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Gambar fail
SIBU: Dua orang rentung apabila van membawa muatan diesel yang dinaiki terbakar selepas merempuh sebatang pokok di tepi Jalan Khong Yit Khim, di sini dalam kemalangan kendiri awal pagi tadi.
Ketua Bomba Zon Sibu, Janggan Muling berkata akibat kemalangan tersebut kedua-dua mangsa didapati tersepit dan rentung di tempat duduk pemandu dan penumpang sebelah hadapan.
Menurutnya, panggilan kejadian tersebut diterima jam 5.10 pagi dan satu pasukan telah digerakkan ke lokasi yang terletak 17km dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral kira-kira jam 5.27 pagi.
"Setibanya di lokasi pasukan Bomba mendapati sebuah van dengan membawa muatan minyak diesel dalam tong mengalami kemalangan kendiri dipercayai hilang kawalan menyebabkan van tersebut terbakar seratus peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata apabila api berjaya dipadamkan sepenuhnya, pasukan bomba mengeluarkan mayat mangsa dan kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penumpang pemandu rentung
#van muatan diesel
#Balai Bomba dan Penyelamat
#kemalangan kendiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan