PAPAR:Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Kilometer 26.6 Jalan Keningau-Kimanis pada awal pagi ini.
Menurut Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis, Zainal Ali, dalam kejadian jam 1 pagi itu, kawasan berbukit setinggi 150 meter runtuh, melibatkan dua buah rumah.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Kami menerima panggilan pada jam 7.51 pagi tadi dan bergegas ke lokasi kejadian.
"Hasil siasatan mendapati runtuhan setinggi 150 meter dan memusnahkan dua buah rumah yang tidak berpenghuni.
"Dari pengamatan awal kami, jika hujan berlarutan kemungkinan berlaku lagi kejadian tanah runtuh di kawasan berhampiran," katanya yang ditemui di lokasi kejadian.
Jelasnya, ini merupakan kejadian tanah runtuh yang pertama di sepanjang Banjaran Crocker, Kimanis.
Seramai 10 anggota Bomba dan Penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian dengan dibantu sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Papar dan Jabatan Kerja Raya Papar.
Siasatan awal turut mendapati terdapat sembilan buah rumah yang didirikan berhampiran kawasan runtuhan dan terdapat puluhan buah rumah lereng bukit di sepanjang banjaran.
Sementara itu, Pegawai Daerah Papar Ghulam Rasul Hapli berkata, kawasan runtuhan adalah di bawah pengawasan Taman-Taman Sabah dan tiada sebarang pembinaan dibenarkan di sepanjang banjaran tersebut.
"Difahamkan, kawasan ini tidak dibenarkan untuk diduduki dan terletak di bawah pengawasan Taman-Taman Sabah.
"Sebarang pembinaan adalah tindakan menceroboh.
"Kerajaan juga tidak membenarkan sebarang pembinaan rumah atau sebarang struktur di kawasan lereng dan cerun bukit.
"Langkah selepas ini, kita akan bersihkan kawasan runtuhan hari ini dan meletakkan papan tanda amaran tanah runtuh sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya."katanya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Tue Nov 10 2020
Menurut pihak bomba, jika hujan berlarutan, kemungkinan berlaku lagi kejadian tanah runtuh di kawasan berhampiran. - Astro AWANI
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.