awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua saintis Malaysia dilantik Felo TWAS

Sinar Harian
Sinar Harian
04/11/2021
04:35 MYT
Dua saintis Malaysia dilantik Felo TWAS
Pemilihan ini adalah pengiktirafan yang jelas terhadap sumbangan cemerlang kepada sains di negara membangun. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Profesor Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Ir Wan Ramli Wan Daud dan Pakar Radiasi Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr Ng Kwan Hoong mencipta sejarah tersendiri apabila terpilih sebagai Felo The World Academy of Sciences (TWAS).
Pemilihan dan pengiktirafan tersebut dibuat dalam satu menyuarat TWAS pada Isnin dengan sumbangan kedua-dua tokoh saintis negara dalam kemajuan sains di negara membangun.
Presiden TWAS, Mohamed H A Hassan dalam satu surat yang ditujukan kepada Wan Ramli berbangga untuk menerima beliau sebagai felo di TWAS.
"Pemilihan ini adalah pengiktirafan yang jelas terhadap sumbangan cemerlang kepada sains di negara membangun," katanya.
Wan Ramli adalah pakar dalam bidang tenaga hidrogen lestari dan teknologi sel fuel hidrogen dan telah memenangi Anugerah Merdeka 2016 dan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu tahun lalu.
Kwan Hoong pula merupakan pakar fizik perubatan yang menyumbang kepada sains pengimejan data dalam penyelidikan kanser.
Beliau juga telah memenangi Anugerah Merdeka tahun lalu dan Anugerah Marie Sklodowska-Curie pada 2018.
TWAS ialah sebuah akademi sains antarabangsa bawah naungan Pertubuhan Pendidikan,Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#TWAS
#Wan Ramli Wan Daud
#Dr Ng Kwan Hoong
#Felo The World Academy of Sciences
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan