KUALA LUMPUR:Polis sedang mengesan dua lelaki warga tempatan yang merupakan saksi awam bagi membantu perbicaraan kes bunuh disiasat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan kedua-dua individu dikenali sebagai Muhamad Khuzaimi Azkhar, 22, beralamat akhir di PPR Kerinchi, Pantai Dalam di sini dan Muhammad Hanief Zakrul Roslan, 19, beralamat akhir di Blok C10, Seksyen 4 Wangsa Maju.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Wangsa Maju DSP G. Stephan di talian 03-9289 9222/016-3767 390, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.
Dalam kenyataan berasingan, polis akan memanggil dan mengambil keterangan seorang wanita tempatan berusia 35 tahun berhubung kemalangan melibatkan kereta dipandunya yang melanggar sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Taman Bersatu, Rawang dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata kemalangan pada kira-kira 4.30 petang itu telah menyebabkan seorang penunggang motosikal wanita berusia 23 tahun mengalami cedera parah.
Beliau berkata mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan stabil.
“Orang awam yang menyaksikan kejadian ini diminta memberi kerjasama dan menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Sakri di talian 019-9145 899,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021
Polis sedang mengesan dua lelaki warga tempatan yang merupakan saksi awam bagi membantu perbicaraan kes bunuh disiasat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Pesara KOKITAB maut dilanggar lari
Mangsa, Mohd Abdillah Abu Bakar, 63, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.
Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pembancuh simen
Seorang pekerja kilang maut selepas dipercayai terjatuh di dalam mesin pembancuh simen di tempat kerjanya, di Seksyen 35, di sini pada Rabu.
Polis lepaskan tembakan, pemandu kereta seludup 22 tong plastik petrol
Anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, sebelum bertindak mengejarnya.
Insiden selisih faham di Taiping, polis minta saksi tampil bantu siasatan
Pemilik akaun Facebook 'Kelvin Lim' dan orang awam yang ada maklumat diminta tampil melengkapkan siasatan polis terhadap video tular itu.
Polis tumpas kegiatan pengedaran dadah jenis jus minuman
Suspek berumur 42 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dalam operasi kira-kira 12.10 tengah malam.
Wanita rugi lebih RM41,000 jadi mangsa penipuan pekerjaan
Mangsa berminat mendapatkan kerja sambilan yang menawarkan komisen bagi setiap tugasan selepas terlihat iklan di laman Facebook.