NATIONAL
Dua suspek dera anggota tentera hingga maut direman tujuh hari

Polis menahan dua anggota 20 RAMD kerana disyaki terbabit dalam kes kematian Prebet Muhammad Muqriz Aseri.
SHAH ALAM: Dua anggota Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes kematian seorang anggota pasukan itu, Prebet Muhammad Muqriz Aseri, 21.
Ringkasan AI
- Dua anggota 20 RAMD ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes kematian Prebet Muhammad Muqriz Aseri.
- Muhammad Muqriz disahkan meninggal dunia di Hospital Miri akibat kecederaan dalaman dipercayai didera oleh senior.
- Polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh.
"Kes itu kini sedang dalam siasatan oleh pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh," katanya.
Sehubungan itu, Alexson meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.
Allahyarham Muhammad Muqriz disahkan meninggal dunia di Hospital Miri pada Isnin, dipercayai akibat kecederaan dalaman kerana disyaki didera oleh senior.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, mangsa yang sedang tidur di berek bujang kem berkenaan telah dikejutkan oleh dua senior untuk bersahur.
Sebelum bersahur, dua senior terbabit telah mengarahkan mangsa melakukan 'commando rest', iaitu posisi pacak kepala di lantai dengan tangan ke belakang selama dua minit, dan tekan tubi sebanyak 20 kali.
Selepas itu, mangsa dilaporkan pitam sebelum kejadian dimaklumkan kepada seorang anggota berpangkat koperal yang juga ketua bilik bujang di berek berkenaan.
Mangsa segera dihantar ke Hospital Miri namun disahkan meninggal dunia pada jam 3.05 pagi. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami