awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 wanita di Melaka jalani saringan ujian HPV DNA - Exco
Empat kanak-kanak maut, tiga cedera dalam perlanggaran lori-trisikal di Filipina
Pesta Sauk Sotong berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua suspek kes dadah ditahan, satu lolos selepas cuba rempuh polis

Sinar Harian
Sinar Harian
05/07/2025
07:00 MYT
Dua suspek kes dadah ditahan, satu lolos selepas cuba rempuh polis
Kenderaan yang digunakan suspek. -Sinar Harian
BEAUFORT: Tindakan agresif tiga lelaki yang cuba melarikan diri memaksa pasukan polis melepaskan tembakan pada tayar kenderaan dinaiki dalam kejadian di Jalan Pan Borneo, berhampiran Kampung Lumat di sini pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Polis melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kenderaan di Jalan Pan Borneo selepas tiga lelaki cuba melarikan diri dalam kejadian berkaitan aktiviti dadah pada 4 Julai 2025.
  • Dua suspek berusia 29 dan 18 tahun berjaya ditahan, manakala seorang lagi meloloskan diri selepas aksi kejar-mengejar dan pelarian dari kenderaan.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh selepas kenderaan suspek hampir merempuh anggota polis semasa serbuan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, dua suspek berusia 29 dan 18 tahun itu berjaya ditahan polis manakala seorang lagi sempat meloloskan diri dari lokasi tersebut.
Ketua Polis Daerah Beaufort Superintenden Wong Leong Meng berkata, kejadian berlaku apabila sepasukan pegawai dan anggotanya telah memintas sebuah kenderaan yang dinaiki tiga lelaki dipercayai terlibat dalam aktiviti dadah di jalan utama Membakut-Beaufort.
"Pasukan serbuan bertindak menghampiri kenderaan tersebut dan memaklumkan mereka sebagai polis sebelum secara tiba-tiba kereta dipandu meluru ke hadapan dan hampir merempuh anggota.
"Pasukan serbuan kemudian terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kereta suspek namun mereka berjaya meloloskan diri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Susulan itu Leong Meng berkata, berlaku aksi mengejar suspek sebelum kenderaan dinaiki berjaya ditahan di tepi jalan Pan Borneo.
"Tiga suspek keluar dari kereta lalu bertindak melarikan diri namun dua daripadanya berjaya ditahan manakala seorang lagi sempat lolos," katanya.
Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Dadah
#Jalan Pan Borneo
#Kampung Lumat
#Beaufort
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan