awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua suspek menyamar polis dalam kes culik dan bunuh didakwa pagi ini

Bernama
Bernama
23/11/2021
00:15 MYT
Dua suspek menyamar polis dalam kes culik dan bunuh didakwa pagi ini
Dua suspek yang dipercayai telah menculik dan membunuh seorang lelaki yang dilarikan semasa berada di sebuah rumah di Bandar Springhill, Lukut pada 13 Nov lepas akan didakwa di Mahkamah hari ini. -Gambar fail
PORT DICKSON: Dua suspek yang dipercayai telah menculik dan membunuh seorang lelaki yang dilarikan semasa berada di sebuah rumah di Bandar Springhill, Lukut, di sini pada 13 Nov lepas, akan didakwa di Mahkamah hari ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dua suspek yang masing-masing berusia 43 dan 44 tahun itu, akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Port Dickson pada 9 pagi.
"Pada 13 Nov lepas, seorang wanita yang merupakan isteri mangsa membuat laporan polis mengenai suaminya didatangi oleh suspek, yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis untuk siasatan kes samun, lalu bertindak memukul suami mangsa dan mengheret masuk ke dalam van sebelum dilarikan.
"Pada hari yang sama, pihak polis telah dimaklumkan bahawa suami mangsa telah disahkan meninggal dunia pada pukul 9.45 pagi, oleh Pegawai Perubatan di Hospital Selayang.
Susulan itu bertindak atas maklumat, pihak polis telah membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur pada keesokan hari, dan menangkap dua suspek lelaki yang berada dalam rumah berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menyamar polis
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#Bandar Springhill
#Aidi Sham Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan