Skip to main content

Malaysia

Dua suspek pecah rumah libatkan kerugian RM200,000 di Kampar ditahan

PDRM
Polis menyeru orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah keselamatan bagi memastikan kediaman berada dalam keadaan selamat ketika ditinggalkan.
Advertisement

IPOH: Polis menahan dua individu semalam, yang dipercayai ada kaitan dengan kes pecah rumah yang berlaku di daerah Kampar, melibatkan kerugian kira-kira  RM200,000.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, suspek, seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 35 tahun dan wanita tempatan berumur 40 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Brincang, Pahang.

Menurutnya, dalam serbuan tersebut, polis turut merampas pelbagai jenis barang kemas, disyaki berkaitan kes pecah rumah berkenaan.

“Permohonan reman telah dibuat di mahkamah terhadap kedua-dua tangkapan dan majistret telah membenarkan reman selama lima hari sehingga 17 Ogos,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Mohamad Nazri berkata, tangkapan itu dibuat susulan maklumat yang diperolehi berhubung kejadian pecah rumah yang berlaku pada Isnin lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa keluar bekerja dan setelah pulang mendapati rumahnya dalam keadaan berselerak.

“Sebuah peti simpanan yang mengandungi wang tunai dan barang kemas bernilai lebih kurang RM200,00 telah hilang,” ujarnya.

Polis menyeru orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah diperlukan bagi memastikan kediaman berada dalam keadaan selamat ketika ditinggalkan serta menyalurkan maklumat berkaitan kejadian jenayah kepada pihak berkuasa.

 

Must Watch Video

Advertisement