awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua syarikat teknologi ini guna elektrik lebih banyak berbanding 100 negara

Amanz
Amanz
15/07/2024
05:30 MYT
Dua syarikat teknologi ini guna elektrik lebih banyak berbanding 100 negara
Google dan Microsoft menggunakan lebih banyak tenaga berbanding lebih 100 negara, termasuklah Iceland, Jordan dan Ghana. -Gambar hiasan
TEKNOLOGI moden, khususnya pusat data yang dimiliki oleh syarikat-syarikat teknologi, secara lazimnya akan menggunakan banyak tenaga elektrik dan juga air yang diperlukan untuk menyejukkan mesin-mesin pelayan.
Ini menunjukkan bahawa dengan pemerkasaan teknologi AI, penggunaan tenaga di pusat-pusat data ini akan semakin meningkat lagi.
Terkini, laporan daripada EIA Monthly Energy Review memperlihatkan dua syarikat teknologi gergasi global, Google dan Microsoft, telah menggunakan sebanyak 24TWh tenaga elektrik sepanjang 2023.
Sebagai konteks, Google dan Microsoft menggunakan lebih banyak tenaga berbanding lebih 100 negara, termasuklah Iceland, Jordan dan Ghana.
Perkara ini mungkin tidak begitu mengejutkan khususnya apabila kita lihat bahawa perkhidmatan dalam talian dan awanan kedua-dua syarikat ini digunakan oleh berbilion-bilion pengguna setiap hari, termasuklah carian Google dan Microsoft, perkhidmatan awanan Google Drive dan Microsoft OneDrive, dan perkhidmatan mesin pelayan dan pusat data kedua-dua syarikat ini.
Malah, pada minggu lepas, kami telah melaporkan bahawa Google memperilhatkan peningkatan pelepasan karbon sebanyak 48 peratus sejak 2019 kerana peningkatan penggunaan teknologi kecerdasan buatan yang mendadak.
Google dan Microsoft kedua-duanya mempunyai sasaran untuk menjadi syarikat neutral karbon dari segi penggunaan tenaga elektrik menjelang 2030, tetapi dengan penggunaan tenaga elektrik yang semakin meningkat ini, nampaknya semakin sukar untuk mereka mencapai sasaran tersebut, khususnya dengan bagaimana teknologi AI dilihat semakin pesat dari hari ke hari. -Amanz
Topic Berkaitan
#teknologi moden
#Microsoft
#Google
#penggunaan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan