awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua van kilang bertembung, pemandu tersepit

Sinar Harian
Sinar Harian
18/05/2025
05:40 MYT
Dua van kilang bertembung, pemandu tersepit
Anggota bomba sedang giat mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan yang berlaku di Sungai Tiram pada Ahad. -Sinar Harian
BAYAN LEPAS: Seorang lelaki cedera selepas tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam kemalangan membabitkan dua buah van kilang di Jalan Sultan Azlan Shah, Sungai Tiram, di sini pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Pemandu van kilang, Rosmadi Seleman@Sulaiman, cedera selepas tersepit dalam kemalangan melibatkan dua van kilang di Sungai Tiram, Pulau Pinang.
  • Pasukan bomba dari BBP Bayan Baru tiba di lokasi dalam 10 minit dan berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
  • Operasi menyelamat tamat pada jam 7.14 pagi dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, dua van kilang terbabit dikatakan bertembung, menyebabkan seorang pemandu yang dikenali sebagai Rosmadi Seleman@Sulaiman, 44, mengalami kecederaan pada kaki kanan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.20 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
"Sebaik tiba, didapati seorang mangsa tersepit di ruang pemandu salah sebuah van terlibat.
"Pasukan bomba bertindak melakukan kerja-kerja penstabilan kenderaan sebelum mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Jurucakap berkenaan berkata, mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 6.56 pagi dan dihantar ke hospital berhampiran menggunakan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk menerima rawatan lanjut.
Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.14 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sungai Tiram
#van kilang
#Rosmadi Seleman Sulaiman
#pemandu tersepit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan