Skip to main content

Malaysia

Dua wanita direman enam hari bantu siasatan kes kanak-kanak dikasari di taska

71767606875_PDRMPolis.jpg
Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata perintah reman terhadap dua wanita masing-masing berumur 31 dan 26 tahun dan juga kakitangan taska itu, masing-masing dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuantan dan Temerloh bermula hari ini hingga 12 Sept.
Advertisement

KUANTAN: Dua wanita direman enam hari bagi membantu siasatan kes disyaki penderaan kanak-kanak di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) di Kuantan dan Temerloh.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata perintah reman terhadap dua wanita masing-masing berumur 31 dan 26 tahun dan juga kakitangan taska itu, masing-masing dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuantan dan Temerloh bermula hari ini hingga 12 Sept.

Beliau berkata wanita berusia 31 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan yang disyaki dikasari di sebuah taska di kawasan Bukit Setongkol, di sini, semalam.

“Seorang lagi wanita berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang disyaki dikasari pengasuh di sebuah taska di Temerloh” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima laporan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan kejadian kanak-kanak dimarahi, ditarik rambut dan digoncang kepala oleh seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron pula berkata pada kira-kira 6 petang semalam, pihaknya menerima laporan daripada seorang ibu berumur 29 tahun berhubung kejadian kanak berusia dua tahun disyaki dikasari pengasuh di sebuah taska dekat Temerloh.

Rakaman video yang memaparkan kejadian kanak-kanak disyaki sedang dikasari pengasuh di taska turut tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat. 

-- BERNAMA 

 

 

Must Watch Video

Advertisement