awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wanita ditahan bantu siasatan kes letak mayat bayi di pusat perlindungan

Bernama
Bernama
11/03/2025
15:15 MYT
Dua wanita ditahan bantu siasatan kes letak mayat bayi di pusat perlindungan
Dua beradik ditahan bagi membantu siasatan kes meletakkan bayi yang sudah tidak bernyawa di pusat perlindungan bayi sebuah hospital swasta, semalam. - Foto hiasan
KUANTAN: Dua beradik ditahan bagi membantu siasatan kes meletakkan bayi yang sudah tidak bernyawa di pusat perlindungan bayi sebuah hospital swasta di sini, semalam
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kedua-dua wanita berusia 24 dan 25 tahun itu ditahan secara berasingan di Rompin.
"Suspek pertama seorang penganggur berusia 24 tahun, ditahan di sebuah rumah kira-kira 9.50 pagi dan hasil pemeriksaan dalam bilik tidur suspek menjumpai satu plastik putih bertutup rapat tertera tulisan 'Ubat Terkawa/Controlled Medicine' dan 'ADV'.
"Di dalamnya mengandungi tiga peket plastik lut sinar berisi pil disyaki ubat digunakan untuk memaksa kelahiran diletakkan di atas meja bilik suspek. Sementara kakaknya iaitu suspek kedua, ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin kira-kira 3 petang," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata kedua-duanya direman hingga 13 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua wanita ditahan
#dua beradik
#Polis Daerah Kuantan
#mayat bayi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan