awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wanita maut tersepit dalam kemalangan dua kenderaan

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
07/10/2022
15:02 MYT
Dua wanita maut tersepit dalam kemalangan dua kenderaan
Kejadian jam 3.23 petang itu turut menyebabkan enam lagi mangsa termasuk tiga kanak-kanak cedera. - Gambar/ JBPM
KUANTAN: Dua wanita maut selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Simpang Cenderawasih, Jalan Kuantan-Segamat dekat Muadzam Shah hari ini.
Kejadian jam 3.23 petang itu turut menyebabkan enam lagi mangsa termasuk tiga kanak-kanak cedera.
Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah dihantar ke lokasi kejadian.
"Terdapat empat penumpang dalam kereta Perodua Myvi dan dua daripadanya meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas tersepit dalam kenderaan itu.
"Tiga kanak-kanak yang cedera pula berada dalam Perodua Viva bersama dua lagi mangsa, seorang lelaki dan wanita dewasa dipercayai ibu bapa mereka," katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Jumaat.
Zulfadli berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan terbabit sebelum dihantar ke Hospital Muadzam Shah bagi tujuan bedah siasat.
Katanya, mangsa yang cedera juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Kes kemalangan itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Muadzam Shah
#Kanak-kanak
#dua maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan