awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wanita rakam video, halang tugas polis ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
25/02/2024
06:05 MYT
Dua wanita rakam video, halang tugas polis ditahan
Dua suspek yang masing-masing merupakan eksekutif pemasaran dan pengurus syarikat itu enggan memberi kerjasama kepada anggota polis bertugas. - Gambar hiasan
SUBANG JAYA: Tindakan dua wanita mengganggu tugas polis dengan tidak memberikan kerjasama selain membuat rakaman video ketika ditahan di tepi Jalan SS15/4G di sini membawa padah apabila diberkas pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.10 malam apabila anggota polis dari Bahagian Task Force Balai Subang Jaya sedang menjalankan tugas ronda cegah jenayah di lokasi terbabit.
"Anggota polis bertugas kemudiannya mendapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi dinaiki kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menahan kenderaan terbabit.
"Anggota polis memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa dan meminta kad pengenalan untuk tujuan pemeriksaan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, bagaimanapun dua suspek yang masing-masing merupakan eksekutif pemasaran dan pengurus syarikat itu enggan memberi kerjasama kepada anggota polis bertugas.
"Salah seorang suspek bertindak mengeluarkan telefon bimbit dan merakam video selain mempertikaikan tugas yang dijalankan anggota polis terbabit.
"Kedua-dua suspek yang masing-masing berumur 29 dan 37 tahun itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kejadian," katanya.
Menurutnya, kedua-dua suspek direman dua hari untuk siasatan.
"Bagaimanapun dua suspek itu kemudiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk arahan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#ganggu tugas polis
#rakam polis
#Subang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan