awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua warga asing diberkas terlibat 'Love Scam' di Genting Highlands

Amirah Nordin
Amirah Nordin
25/03/2023
22:15 MYT
Dua warga asing diberkas terlibat 'Love Scam' di Genting Highlands
Dua warga asing diberkas kerana terlibat dengan sindiket 'Love Scam' di Genting Highlands. - Foto PDRM
BENTONG: Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibuppejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah berjaya memberkas dua orang warga asing dalam satu serbuan di dua buah tempat berasingan di kawasan Genting Highlands, dekat sini pada jam 12 tengah hari, semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, dua orang warga asing itu, seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 32 dan 37 tahun.
“Pemeriksaan lanjut ke atas suspek tersebut dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan 'Love Scam', kedua-dua mereka yang ditahan turut gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.
“Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas tiga unit komputer riba, tujuh buah telefon bimbit , sebuah komputer tablet dan sebuah alat wifi routers,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Katanya, kes disisasat di bawah Sekseyn 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigeresen 1956/63 dan jika disabitkan kesalahan akan dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih sepuluh tahun dengan sebat atau kedua-duanya sekali.
“Sindiket ‘Love Scam’ ini mensasarkan golongan wanita yang aktif dalam laman sosial seperti Facebook, Telegram serta aplikasi ‘Dating’.
“Orang awam supaya lebih berhati-hati dan berwaspada dengan corak jenayah komersil yang semakin berleluasa khususnya jenayah penipuan 'Love Scam',” katanya.
Zaiham menasihati orang awam boleh menyalurkan maklumat tentang aktiviti tidak bermoral seperti jenayah atau dadah yang mencurigakan sekitar kawasan kediaman dengan menghubungi pihak polis di talian 09-222 2222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
Topic Berkaitan
#love scam
#warga asing
#Genting Highlands
#Zaiham Mohd Kahar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan