awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua warga Colombia 'ghaib' ke mahkamah

Bernama
Bernama
05/12/2012
06:07 MYT
Dua warga Colombia 'ghaib' ke mahkamah
Dua lelaki warga Colombia yang ditahan pada 12 Nov lepas kerana kes pecah rumah, meloloskan diri daripada kawalan polis ketika dalam perjalanan ke mahkamah di Petaling Jaya, semalam.
Kejadian berlaku ketika Martin Rodriguez Yerson David, 26, dan Sana Bria Florian Jorge Luis, 22, serta lapan tahanan lain dibawa dari lokap bersepadu di Shah Alam untuk didakwa di mahkamah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias berkata kehilangan dua tahanan terbabit hanya disedari polis apabila mereka tiba di mahkamah pada pukul 11.20 pagi.
Kesemua tahanan itu diiring tiga anggota polis iaitu seorang pemandu dan dua bertindak sebagai pengiring, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau juga tidak menolak kejadian berlaku akibat kecuaian pihak polis dan menegaskan siasatan dijalankan secara terperinci.
Katanya polis kini giat mengesan tahanan berkenaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-duanya tampil membantu di balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Serdang di talian 03-80620485.
Menurut beliau, dua lelaki berkenaan ditahan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil kerana pecah rumah dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
Topic Berkaitan
#Colombia
#mahkamah
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan