awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua warga emas maut diserang lelaki berparang

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2019
14:47 MYT
Dua warga emas maut diserang lelaki berparang
Mangsa pertama diserang ketika berada di sebuah kopitiam di sekitar Buloh Kasap, Segamat, kira-kira jam 6 petang Jumaat. Foto ihsan orang awam
Dua warga emas maut akibat ditetak parang selepas dipercayai menjadi mangsa amukan seorang lelaki tempatan yang menyerang mereka di sekitar Buloh Kasap, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superitendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, dalam kejadian jam 6 petang tadi, mangsa berusia 60-an dan 70-an maut selepas diserang menggunakan senjata yang sama.
Menurutnya, suspek lelaki berusia 33 tahun dikatakan memarkir kenderaan motosikal jenis Modenas di pekarangan sebuah kopitiam sebelum masuk ke kedai kopi itu dan menyerang suspek pertama berusia 70-an.
“Mangsa mati di lokasi kejadian kerana kecederaan parah akibat beberapa tetakan di bahagian muka dan badannya.
“Suspek selepas itu dikatakan melulu dengan berjalan kaki menuju ke sebuah kaki lima menjual durian yang berada pada jarak kira-kira 200 meter dari lokasi pertama.
"Dia kemudiannya menyerang penjual durian berusia 60-an menggunakan senjata yang sama,” katanya kepada pemberita.
Noor Ariffin berkata, mangsa kedua ditikam sekali di bahagian tengah hadapan sebelum bergegas dibawa ke Klinik Kesihatan di Buloh Kasap oleh anggota polis.
“Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika sedang dirawat. Suspek dipercayai warga tempatan kemudiannya berjaya ditahan di lokasi kejadian kedua dan polis turut merampas senjata yang digunakan suspek.
“Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Saksi kejadian diminta tampil menghubungi talian Hot Line Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian 07-9324222,” katanya.
Topic Berkaitan
#amuk
#Buloh Kasap
#cedera parah
#ditetak parang
#kopitiam
#mangsa
#mati
#maut
#meninggal dunia
#Noor Ariffin Mohamad Nasir
#penjual durian
#polis
#Segamat
#senjata
#siasatan
#suspek
#tikam
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan