awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk
Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duit palsu satu kontena?

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2017
05:00 MYT
Duit palsu satu kontena?
Pengguna media sosial gempar dan tertanya-tanya mengenai pemilik kontena berwaena merah yang dipenuhi wang tunai di Pelabuhan Klang, Selangor.
Beberapa pengguna media sosial gempar dan tertanya-tanya pemilik sebuah kontena dipenuhi wang tunai yang ditemui di Pelabuhan Klang, Selangor yang tular sejak semalam.
Bayangkan wang tunai yang memenuhi satu kontena berwarna merah itu akhirnya merungkai persoalan apabila ia didapati wang palsu.
Malah, wang tunai satu kontena itu juga merupakan antara babak-babak dalam filem Abang Long Fadil 2 yang diterbitkan Skop Production Sdn Bhd.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya telah membuat semakan mengenai gambar yang tular di media sosial itu dan mengesahkan gambar tersebut diambil ketika penggambaran filem Abang Long Fadil 2.
Katanya, penggambaran filem itu turut disertai anggota polis Klang bagi langkah-langkah keselamatan.
"Sebagai makluman, gambar-gambar yang tular di media sosial sejak semalam itu adalah sedutan daripada filem Abang Long Fadil 2 yang ditayangkan pada tahun ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#Abang Long Fadil 2
#kontena merah
#Pelabuhan Klang
#Shamsul Amar Ramli
#wang palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan