TELUK INTAN: Seronok berbudi pada tanah ketika bekerja dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu negara dilanda COVID-19 empat tahun lepas menjadi titik tolak seorang jurutera perisian meninggalkan kerjaya itu dan mengusahakan tanaman cili secara fertigasi.
Ternyata keputusan itu tepat apabila usaha A. Srinath, 29, membuahkan kejayaan serta mendapat hasil lumayan dan paling menggembirakan, ia sedikit sebanyak membantu menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Tenaga Nasional itu berkata, pada mulanya dia menanam 400 polibeg cili merah menggunakan sistem fertigasi bersama abang sulungnya berdekatan kediaman ibu bapa mereka di Changkat Jong di sini semasa tempoh PKP.
"Selepas tamat tempoh bekerja dari rumah, saya pulang semula ke Subang Jaya, Selangor untuk bekerja di pejabat namun saya rasa seronok pula menjadi petani.
"Saya berbincang dengan ibu bapa nak tanam cili merah dalam skala besar dan saya mengambil keputusan meletak jawatan selepas tiga tahun bekerja sebagai jurutera dan balik ke sini untuk tanam cili," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
Anak kedua dari tiga beradik itu menggunakan wang simpanan berjumlah kira-kira RM50,000 untuk membeli peralatan sistem fertigasi seperti polibeg, paip, pam air serta pembinaan stor untuk memulakan tanaman cili fertigasi berkenaan.
Menyedari dirinya tiada pengalaman luas dalam bidang pertanian, Srinath berkata, dia mengikuti beberapa kursus yang dikelolakan Jabatan Pertanian Perak serta belajar antaranya cara semaian biji benih, bancuhan baja atau racun serangga perosak serta sistem fertigasi seperti pam dan paip.
Srinath yang menyewa sebidang tanah seluas 0.68 hektar milik individu persendirian telah menanam 2,500 polibeg cili merah jenis 'Kulai 461' dan mempunyai tiga pekerja untuk membantunya setiap hari.
Dia kini dapat menarik nafas lega apabila jerih perihnya membuahkan hasil apabila mampu meraih pendapatan sekitar RM40,000 hingga RM50,000 dengan tuaian kira-kira lima tan semusim.
Menurutnya, cili merah itu dijual di sekitar daerah ini antaranya Pasar Besar Teluk Intan, pasar raya dan kedai runcit selain turut dijual kepada pemborong di Pasar Borong Selayang di Selangor dengan harga RM6 hingga RM11 sekilogram mengikut harga pasaran semasa.
Srinath berkata, penanaman cili merah memerlukan kesabaran tinggi kerana berhadapan beberapa cabaran antaranya serangan serangga perosak seperti hama merah, kutu trip, lalat putih atau terkena penyakit mozek.
Tambahnya pokok cili yang dijangkiti penyakit mozek tidak boleh diselamatkan lagi dan perlu ditanam yang baharu, namun sekiranya pokok cili terkena serangan serangga, ia masih boleh dikawal dengan semburan racun serangga ke atas pokok cili tersebut.
"Saya mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk mengusahakan tanaman cili secara fertigasi ini dalam skala yang lebih besar dan sudah tentu saya mahu usahakannya di tempat kelahiran saya di sini juga," katanya yang turut mengusahakan tanaman timun secara kecil-kecilan.
Menurut laman Facebook Jabatan Pertanian Malaysia, fertigasi adalah satu kaedah penanaman dengan pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024
Srinath menunjukkan hasil cili merah yang ditanam di kawasan seluas 0.68 hektar yang disewa ketika ditemui di Batu 4, Changkat Jong. - Foto BERNAMA
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.