awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan

Sinar Harian
Sinar Harian
13/05/2024
05:10 MYT
DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Mohd Puad meminta pengurusan dewan serta-merta mempertingkatkan kawalan keselamatan di premis Bangunan Sultan Ismail. - Gambar/ Sinar Harian
ISKANDAR PUTERI: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Ia susulan, sidang DUN tergendala hampir 20 minit akibat gangguan teknikal dan elektrik selepas Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi selesai menjawab soalan pertama pada pagi Isnin sekali gus dikhuatiri ada cubaan ceroboh dan sabotaj.
"Insiden ini cukup memalukan hingga sidang dewan yang sedang bersidang terpaksa ditangguhkan.
"Saya harap pengurusan dewan sentiasa peka. Saya tidak mahu dengar sebarang alasan. Kita mesti ada mentaliti dan fasiliti kelas pertama.
"Saya mohon maaf kepada semua Yang Berhormat kerana terpaksa tangguhkan dewan sementara tadi," katanya ketika dewan bersambung semula.
Onn Hafiz yang kemudiannya diminta menyambung sesi soalan lisannya turut menyatakan seolah-olah ada unsur sabotaj.
Ini kerana gangguan teknikal itu berlaku selepas beliau selesai menjawab isu panas berkaitan kasino di Forest City.
Sejurus itu, Mohd Puad meminta pengurusan dewan serta-merta mempertingkatkan kawalan keselamatan di premis Bangunan Sultan Ismail.
"Saya harap soal keselamatan dewan dipertingkatkan. Saya juga bimbang ada cubaan menceroboh dan sabotaj," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#DUN Johor
#sabotaj
#gangguan bekalan elektri
#Mohd Puad Zarkashi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan