SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri 2022 bagi membolehkan pentadbiran dan agenda pemulihan ekonomi dapat diteruskan.
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2022) 2021 Negeri Sembilan yang memperuntukkan sejumlah RM520 juta telah dibahaskan selama empat hari bermula 26 Nov lepas membabitkan 36 Ahli DUN di blok kerajaan dan pembangkang.
Belanjawan 2022 bertemakan 'Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat' merupakan belanjawan defisit RM88 juta berikutan peruntukan sebanyak RM520 juta melebihi anggaran hasil sebanyak RM432 juta pada tahun tersebut.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun ketika sesi penggulungan berkata belanjawan itu dirangka secara menyeluruh dan inklusif serta memberi fokus kepada agenda pemulihan ekonomi pasca COVID-19, dengan tumpuan sepenuhnya terhadap inisiatif yang boleh merancakkan ekonomi negeri.
"Ia juga berteraskan dua tekad iaitu mengurangkan beban perbelanjaan rakyat dan meningkatkan keupayaan penjanaan pendapatan keluarga," katanya.
Sementara itu, Aminuddin berkata pada tahun ini kerajaan negeri menyalurkan RM400,000 melalui 16 penyelaras DUN bagi parti pembangkang bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat tanpa mengira perbezaan fahaman politik.
Menurutnya peruntukan itu dapat memastikan rakyat di negeri ini memahami dasar dan agenda kerajaan negeri yang mengamalkan pemberian bantuan sama rata termasuk biasiswa pelajar dan bantuan COVID-19.
"Kita pernah menyediakan peruntukan RM100,000 kepada setiap ADUN pembangkang dalam Belanjawan 2019 dan RM1.3 juta dibelanjakan daripada RM1.6 juta yang disediakan. Bagaimanapun ADUN pembangkang dalam sesi persidangan DUN telah menolak peruntukan tersebut pada belanjawan tahun berikutnya," katanya.
Justeru, beliau berkata pihaknya bersedia mengkaji semula cadangan pemberian peruntukan sama rata kepada semua ADUN di negeri ini bergantung kepada keupayaan kewangan memandangkan kerajaan negeri dijangka terus menghadapi defisit pada tahun depan.
Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun lepas turut meluluskan belanjawan defisit bertemakan 'Merangsang Ekonomi dan Memperkasa Rakyat' sebanyak RM112 juta dengan jumlah perbelanjaan RM560 juta berbanding anggaran hasil sebanyak RM448 juta pada tahun berkenaan.
Persidangan DUN bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021

Belanjawan 2022 bertemakan 'Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat' merupakan belanjawan defisit RM88 juta berikutan peruntukan sebanyak RM520 juta melebihi anggaran hasil sebanyak RM432 juta pada tahun tersebut. - Gambar/ Bernama

PN hanya terbuka kerjasama dengan UMNO demi masa depan rakyat – Hamzah
Menurut Hamzah, kenyataan yang dikeluarkannya dalam podcast Keluar Sekejap baru-baru ini disalah tafsir.

BYD atasi Tesla, catat pendapatan AS$107.2 bilion pada 2024
Pendapatan tersebut meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya, melebihi unjuran Bloomberg sebanyak CN766 bilion.

Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat, dirempuh sebuah kereta dari belakang.

'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'
Mohd Razali berkata, YAM beroperasi secara bebas dengan berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam setiap inisiatif.

Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Mulai sekarang, agensi PBB hanya boleh membiayai rawatan kecemasan dalam situasi yang mengancam nyawa, kata jurucakap UNHCR.

Turkiye penting untuk keselamatan Eropah, kata Erdogan
Erdogan menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye.

Pesuruhjaya Perdagangan EU ke Washington untuk elak perang perdagangan
Sefcovic dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer.

Angola tarik diri sebagai pengantara konflik DR Congo - Presiden
Pengantara baharu akan dikenal pasti dalam beberapa hari akan datang, kata presiden Angola dalam satu kenyataan.

Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan
Setakat tahun lepas, seramai 700 orang wartawan dan 500 jurugambar sambilan telah melakukan caruman dalam skim perlindungan sosial.

Singapura rampas e-vaporiser bernilai lebih AS$150,000
HSA dan ICA memaklumkan bahawa e-vaporiser tersebut dirampas dalam dua operasi berasingan.

DUN N.Sembilan lulus RUU Perbekalan Tambahan berjumlah RM8.96 juta
RUU berkenaan diluluskan selepas mendapat sokongan sebulat suara 34 ADUN dengan dua lagi tidak hadir bagi sesi pengundian itu.

N. Sembilan sokong cadangan bina pelabuhan kecil di Port Dickson - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju dan menyokong cadangan sebuah syarikat swasta untuk membina pelabuhan kecil di Port Dickson.

Pengerusi Amanah Negeri Sembilan dilantik Speaker DUN
Upacara mengangkat sumpah jawatan dibuat di hadapan Setiausaha DUN Amin Ludin.

PRN: Dua anak bekas MB tewas di Negeri Sembilan
Mohd Najib Mohd Isa kalah di DUN Bagan Pinang, sementara Dani Rais pula tewas di DUN Klawang.

PRN: "Jual kerusi? Kami kempen pun ala kadar..." - Peja
Ahmad Faizal jawab dakwaan calon Bebas berlaku penjualan dalam pemilihan calon PN Negeri Sembilan.

PRN: Kolabrasi PH dan BN beri kelebihan pertahankan Negeri Sembilan
Permuafakatan politik antara PH dan BN, dilihat mampu memberikan kelebihan kepada gabungan itu untuk mempertahankan Negeri Sembilan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi hari ini
DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai
Keputusan itu juga sudah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz mohon perkenan tarikh bubar DUN
Aminuddin yang tiba pada 10 pagi sempat melambai kepada petugas media yang berkumpul di hadapan pintu pagar utama sejak 9 pagi tadi.

DUN Negeri Sembilan dibubar hujung Jun ini - MB
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka akan dibubarkan pada 30 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).