KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani isu kekurangan tenaga buruh dan pengurusan bahan mentah di Sabah, kata Datuk Seri Hajiji Noor.
Ketua Menteri Sabah itu berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti sekali gus mencari penyelesaian kepada masalah tenaga buruh serta kekurangan bahan mentah di Sabah.
"Baru-baru kita dapat mendengar isu pengambilan buruh dari negara-negara lain termasuk Indonesia agak berkurangan terutama dalam bidang perladangan.
"Jadi di peringkat negeri, kita telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk melihat perkara ini kerana, apabila isu buruh ini tidak dapat diatasi memang ia akan menjejas pertumbuhan ekonomi kita terutama yang bekerja di ladang-ladang dan juga di sektor pembinaan.
"Satu jawatankuasa telah ditubuhkan di peringkat negeri bagi menangani isu ini termasuklah bahan mentah yang sekarang ini ada yang susah diperolehi dan menyebabkan harga barangan naik melonjak," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan-Senallang) yang ingin tahu langkah kerajaan negeri untuk menangani masalah tenaga buruh dan kenaikan kos bahan mentah di Sabah.
Menurut Hajiji, jawatankuasa tersebut turut dianggotai oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Kementerian Pertanian dan Perikanan, Kementerian Pembangunan Perindustrian, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Sementara itu, menjawab soalan asal Datuk Rubin Balang (GRS-Kemabong) yang bertanya tentang pendekatan kerajaan negeri untuk meningkatkan ekonomi rakyat serta negeri, Hajiji berkata pelbagai usaha dilakukan untuk menarik pelancong bagi meningkatkan ekonomi telah membuahkan hasil.
Katanya, Sabah menerima peningkatkan kemasukan pelancongan yang ketara untuk tempoh lima bulan pertama tahun ini iaitu 558,169 orang berbanding 102,965 orang dalam tempoh sama tahun lepas.
“Ini menunjukkan kadar peningkatan jumlah pelancong sebanyak 442 peratus. Saya yakin, angka ini akan meningkat lagi menjelang hujung tahun ini berikutan pembukaan pintu masuk darat, laut dan udara.
“Dengan kehadiran pelancong ini sudah tentu sektor perkhidmatan dan yang terkait seperti hotel, pengangkutan dan makanan akan cepat pulih seperti biasa. Ini juga membuktikan keberkesanan pendekatan kerajaan negeri memulihkan ekonomi menerusi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya,” katanya.
Abdul Hafiz Mustadi
Mon Jul 18 2022
Hajiji (kiri) berbincang dengan Ketua Pembangkang yang juga ADUN Senallang, Datuk Seri Shafie Apdal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
DUN Sabah luluskan Belanjawan Negeri 2025
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 (Belanjawan Sabah 2025) selepas sesi perbahasan dan penggulungan sejak Isnin lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Sabah bentang Belanjawan 2024 berjumlah RM5.701 bilion
Kerajaan Sabah membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM5.701 bilion dengan anggaran lebihan RM35.87 juta pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.
GRS tanding semua 73 kerusi DUN Sabah, pandangan peribadi SAPP - Gagasan Rakyat
Nizam berkata Gagasan Rakyat menghormati pandangan tersebut, bagaimanapun, ia tidak melambangkan pandangan GRS secara kolektif.
DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Lulus pindaan berkaitan antilompat parti demi rakyat - Hajiji
Menurut Hajiji, pindaan Perlembagaan yang diluluskan itu akan diwartakan dalam masa beberapa hari atau minggu.
DUN Sabah: Hajiji bentang RUU Anti Lompat Parti
Hajiji berkata, kerajaan memandang serius serius tindakan bertukar parti atau lompat parti yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum.
DUN Sabah: Isu bekalan air, elektrik dominasi sesi perbahasan
Isu bekalan air dan elektrik yang melanda Sabah mendominasi sesi perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin/
DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan
DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan