awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Sarawak lulus dua RUU Perbekalan Tambahan

Bernama
Bernama
22/05/2025
13:30 MYT
DUN Sarawak lulus dua RUU Perbekalan Tambahan
Uggah berkata Perbekalan Tambahan (2024) adalah bagi menampung kos pelbagai perkhidmatan yang ditanggung oleh pelbagai kementerian dan jabatan. - Gambar Facebook DUN Bukit Saban
KUCHING: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini sebulat suara meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM391,429,717.
RUU yang dibentangkan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas itu ialah Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2024) melibatkan peruntukan sebanyak RM153,769,197 dan RUU Perbekalan Tambahan (2025) sebanyak RM237,660,520.
Uggah yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua berkata Perbekalan Tambahan (2024) adalah bagi menampung kos pelbagai perkhidmatan yang ditanggung oleh pelbagai kementerian dan jabatan.
Sementara itu, Perbekalan Tambahan (2025) bertujuan mendapatkan perbelanjaan tambahan, antaranya sejumlah RM100,000,000 diperlukan oleh Jabatan Premier Sarawak bagi menampung sewaan perkhidmatan penerbangan sewa khas berikutan peningkatan aktiviti.
"Sejumlah RM72,264,000 diperlukan oleh Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak bagi melaksanakan Inisiatif Wang Saku Khas sebanyak RM1,200 untuk setiap pelajar Sarawak yang mengikuti pengajian diploma atau ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia.
"Sebanyak RM62,271,138 diperlukan oleh kementerian dan jabatan berkaitan bagi menampung bayaran elaun khas bulanan, Bantuan Insentif Sara Hidup kepada semua penjawat awam Sarawak bermula Januari 2025," tambah beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#Rang Undang-Undang
#Bantuan Insentif Sara Hidup
#Ijazah Sarjana Muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan