Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Istana Alam Shah pada 1.30pm tadi untuk memaklumkan kepada baginda bahawa Parlimen telah pun dibubarkan oleh YAB Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.

Menurut kenyataan beliau, setelah berbincang mengenai status Dewan Negeri Selangor, Tuanku Sultan telah berkenan untuk mengadakan satu upacara pembubaran Dewan Negeri Selangor esok 4 April di Balai Rong Seri, Istana Alam Shah Klang pada jam 2.30 petang.

Acara pembubaran ini akan juga disaksikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor serta Ahli Majlis Dewan Di Raja.