Calon Parti Keadilan Rakyat untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin menyerahkan kedudukannya kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat ,apakah beliau akan bertanding di kerusi itu atau harus memberi laluan kepada calon Pas.
Katanya, beliau sedia dan akur dengan apa juga keputusan pucuk pimpinan parti.
"(Saya) meletakkan sepenuh kepercayaan dengan pimpinan utama Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan isu ini," katanya dalam satu kenyataan di blognya, hari ini.
Badrul Hisham yang lebih dikenali dengan nama Chegubard menjelaskan "bertanding bukan sasaran" beliau, dan beliau sedia jadi jentera biasa membantu kemenangan Pakatan Rakyat.
Kedudukan calon kerusi DUN Sungai Acheh jadi tumpuan selepas PKR dan Pas mengumumkan calon masing-masing dalam masa selang 24 jam.
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman pada Selasa mengumumkan Badrul Hisham sebagai calon parti itu untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohamad Salleh Man kemudian mengumumkan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohamad Yusni Md. Piah sebagai calon untuk DUN Sungai Acheh, pada Rabu malam.
Dalam pada itu, Badrul Hisham memberi jaminan tidak akan berlaku pertembungan tiga penjuru di kerusi DUN Sungai Acheh kerana apa yang hendak dihadapi oleh Pakatan Rakyat ialah Barisan Nasional.
Dalam kenyataannya, Badrul Hisham juga menjelaskan dengan panjang lebar tentang bagaimana beliau boleh terlibat dengan kerusi DUN Sungai Acheh sehingga namanya naik sebagai calon.
"Kawasan Sungai Acheh dalam Parlimen Nibong Tebal bukan asing lagi dengan (saya)," katanya, yang menyifatkan kawasan itu rumah kedua beliau kerana adalah kampung mertuanya.
Pada awal tahun lalu juga, katanya, beliau telah diarahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bermastautin di Nibong Tebal dan kemudiannya, atas jemputan Mansor, membantu kerja-kerja parti di sana.
Badrul Hisham merupakan Ketua Cabang PKR Rembau, Negeri Sembilan dan juga pengerusi NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
http://www.astroawani.com/election/news/show/pkr-pas-akan-runding-kerusi-dun-sg-acheh-11999?cp
Astro Awani
Thu Apr 11 2013
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
PRK Mahkota: Penyokong parti PN mula berarak mengiringi calon
Mohamad Haizan Jaafar tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini jam 8.30 pagi bersama lebih 1,000 penyokong.
MB Johor umum calon PRK Mahkota - Zahid
Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti.
PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap kempen kedua-dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berjalan secara berhemah.
PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini
Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK Sungai Bakap telah dimuktamadkan dan akan diumumkan 9 malam ini.
Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap
Majlis Perlembagaan Iran telah memulakan proses penyaringan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kilat.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.