awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dunia iktiraf kemampuan Malaysia sedia perkhidmatan kesihatan terbaik - Najib

Astro Awani
Astro Awani
22/08/2015
12:23 MYT
Dunia iktiraf kemampuan Malaysia sedia perkhidmatan kesihatan terbaik - Najib
Kata Najib, pengiktirafan itu membuktikan kerajaan boleh menyediakan perkhidmatan kesihatan dengan bayaran paling minimum kepada rakyat. - Foto Bernama
Ranking Malaysia di tempat ketiga daripada 24 negara dalam satu kaji selidik kesihatan membuktikan kemampuan kerajaan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata, pengiktirafan oleh Majalah International Living itu sesuatu yang membanggakan kerana ia membuktikan kerajaan boleh menyediakan perkhidmatan kesihatan dengan bayaran paling minimum kepada rakyat.
"Ia mengatasi negara seperti Sepanyol, Itali, Ireland dan New Zealand dalam senarai 24 negara dalam Indeks Persaraan Global 2014.
"Indeks tersebut memuji sistem perkhidmatan kesihatan yang meraih 95 mata dari jumlah keseluruhan 100 mata.
"Saya ucap syabas kepada warga kementerian kesihatan," katanya ketika berucap merasmikan Kompleks Rawatan Harian dan Hemodialisis di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, hari ini.
Pembinaan kompleks berkenaan bermula pada 2010 dan siap sepenuhnya Februari lalu membabitkan kos RM177.8 juta.
Menurutnya, kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik.
Dalam ucapannya, Najib turut mengumumkan peruntukan RM8 juta bagi pembinaan projek tebatan banjir untuk mengatasi masalah banjir di kawasan HRPZII.
Menurutnya, projek itu penting bagi memastikan perkhidmatan di hospital berkenaan tidak terjejas setiap kali berlaku banjir seperti Disember tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Hospital Raja Perempuan Zainab II
#International Living
#Kelantan
#kesihatan
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan