awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Durian Malaysia laris di China, LPNM perlu pikul peranan baharu - Mat Sabu

Khalis Khadir
Khalis Khadir
09/10/2024
07:15 MYT
Durian Malaysia laris di China, LPNM perlu pikul peranan baharu - Mat Sabu
Malaysia mengeksport kali pertama durian segar ke China selepas dua bulan Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China dimeterai. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Fungsi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) perlu diperluas melihat kepada komoditi durian yang mendapat sambutan luar biasa di negara China ketika ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, komoditi itu wajar diuruskan LPNM dengan menggabungkan komoditi nanas, kelapa dan durian.
“Hal ini penting supaya hasrat kita untuk mengurangkan defisit imbangan dagangan dapat dicapai melalui ketiga-tiga komoditi ini yang sememangnya mendapat permintaan yang begitu tinggi,” katanya.
Beliau berucap pada majlis perhimpunan bulanan warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Wisma Tani, di sini, pada Rabu.
Mohamad berkata sebanyak 40 tan metrik durian segar Malaysia yang dieksport ke China habis terjual dalam masa 24 jam pada 4 Oktober lalu.
“Begitu juga dengan komoditi nanas, Malaysia hanya mampu mengeksport 800 kontena setahun sedangkan permintaannya adalah 4,000 kontena setahun,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata KPKM juga melihat potensi besar terhadap durian kampung yang diusahakan pekebun kecil untuk dieksport dan perbincangan mengenainya akan dirunding dengan China kelak.
Terdahulu, Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad berkata, durian segar yang dieskport adalah Musang King, Black Thorn dan D24 yang dipasarkan di enam wilayah iaitu Beijing, Zhengzhou, Shanghai, Guangzhou, Shengzhen dan Nanning.
Malaysia mengeksport kali pertama durian segar ke China selepas dua bulan Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China dimeterai.
Ia merupakan hasil usaha KPKM selama lapan tahun, bermula dari tahun 2016 yang mana sebelum ini hanya durian sejuk beku boleh dieksport ke negara itu.
Topic Berkaitan
#durian
#Mat Sabu
#KPKM
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan