KUANTAN: Duta dan wakil negara Asean menganggap produk pelancongan di Pahang adalah unik dan boleh dipromosikan ke negara -negara rantau itu sebagai usaha memajukan industri pelancongan negeri ini.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono menyatakan kekaguman keunikan budaya dan etnik negeri itu dan selain berpendapat, produk-produk berkenaan tidak terdapat di negara lain.
Tambah Hermono, pertukaran diplomasi budaya juga sebetulnya dapat mengeratkan hubungan sesama negara di Asean dan Pahang secara lokasinya yang wajib dikunjungi oleh pelancong dari negara-negara Asean.
“Salah satu cara untuk mempererat hubungan antara negara adalah yang kita sebut dengan cultural diplomacy dan saya kira itu juga yang sedang dipromosikan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia untuk mempromosikan cultural diplomacy sehingga bangsa yang satu dengan bangsa yang lain saling mengenal budayanya mungkin ada persamaan.
“Banyak juga hal-hal yang sifatnya unik saya kira… cultural diplomacy itu diplomasi yang sangat menyenangkan kerana dia melibatkan rakyat banyak tidak hanya government official tetapi itu dirasa oleh masyarakat awam," kata Hermono.
Beliau berkata demikian ketika ketika pada program 'Explore Pahang Bersama Duta Asean dan wakil Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan', di sini, pada Isnin.
Seramai enam Duta Asean dan 24 delegasi termasuk Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan hadir memeriahkan program yang berlangsung selama tiga hari bermula pada Isnin.
Hermono turut mahu membantu mempromosikan keunikan di Kuantan kepada agensi pelancongan di Indonesia kerana Pahang juga kaya dengan budaya.
Bagi Duta Laos ke Malaysia, Viengsavanh Sipraseuth pula, beliau amat meminati makanan terutama sambal hitam Pahang, selain menggemari aktiviti mencanting batik.
“Ini satu penghormatan besar bagi saya kerana berpeluang melawat bandar raya Kuantan yang indah di tepi laut ini dan ini juga kali pertama saya ke sini dan saya sangat menikmati semua aktiviti.
“Terima kasih kepada Tourism Malaysia dan Tourism Pahang kerana menjemput kami, saya sangat seronok dengan semua aktiviti terutamanya batik lukisan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa Asia Tenggara Tourism Malaysia, Bahruddin Sulaiman berkata, program tiga hari dua malam ini diadakan bagi memperkenalkan produk pelancongan Pahang khususnya di Kuantan.
Beliau berkata, ini merupakan kali pertama program sedemikian dianjurkan oleh Tourism Malaysia.
Hasil daripada maklum balas yang diperoleh juga, Tourism Malaysia, kata beliau, akan meluaskan lagi penganjuran dengan membawa duta-duta dan wakil-wakil negara asing ke Sabah pula bertujuan memberikan gambaran yang jelas mengenai keunikan Negeri Di Bawah Bayu itu.
Astro Awani
Mon Aug 15 2022
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono (kiri) menunjukkan kemahiran bermain congkak ketika menghadiri program 'Explore Pahang Bersama Duta Asean dan wakil Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan', di Kuantan, pada Isnin. - Gambar Astro AWANI
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Duta Asean kagum produk pelancongan di Pahang
Pahang wajar menjadi negeri yang wajib dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari Asean.