awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta Besar Malaysia ke Switzerland Mohd Zulkephli Mohd Noor meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
03/02/2016
11:36 MYT
Duta Besar Malaysia ke Switzerland Mohd Zulkephli Mohd Noor meninggal dunia
Duta Besar Malaysia ke Switzerland Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor meninggal dunia. -Gambar Bernama
Duta Besar Malaysia ke Switzerland, Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor meninggal dunia pada pukul 6.38 petang (waktu tempatan) kerana sakit barah hati
Dalam kenyataan Kementerian Luar, Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Anna Amalina Imam Baweh dan lima orang anak.
"Allahyarham memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai tadbir dan Diplomatik pada tahun 1984 sebelum dilantik sebagai Duta Malaysia ke Switzerland.
"Sebelum itu, Allahyarham adalah Duta Besar Malaysia ke Turkmenistan sejak tahun 2012 dan pernah memegang jawatan sebagai Duta Besar Malaysia ke Libya dari tahun 2009 sehingga 2011 di mana Allahyarham terlibat secara langsung di dalam Operasi Evakulasi Rakyat Malaysia dari Libya.
"Allahyarham juga pernah bertugas di Perwakilan-Perwakilan Malaysia di luar negeri yang lain seperti di Konsulat Jeneral Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland," jelas kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, Allahyarham juga merupakan seorang pegawai yang berdedikasi serta komited dalam setiap penugasan di sepanjang perkhidmatan di Kementerian Luar Negeri.
"Segala jasa dan khidmat Allahyarham sepanjang 32 tahun akan sentiasa dikenang," jelas kenyataan itu.
Dalam pada itu, Kedutaan Besar Malaysia di Berne dengan bantuan Perwakilan Tetap Malaysia di Geneva sedang dalam proses menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa pulang ke Malaysia.
"Kementerian ingin mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," jelas kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Barah hati
#duta malaysia ke Switzerland
#Kementerian Luar
#Mohd Zulkephli Mohd Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan