awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta Jepun ke Malaysia dilantik Ahli Lembaga Gabenor UIAM

Bernama
Bernama
21/11/2018
06:28 MYT
Duta Jepun ke Malaysia dilantik Ahli Lembaga Gabenor UIAM
Pelantikan Miyagawa (gambar) sedikit sebanyak dapat membantu UIAM bekerjasama dalam pelbagai bidang ilmu dengan universiti-universiti terkemuka Jepun. - Gambar fail
Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa dilantik sebagai Ahli Lembaga Gabenor (BOG) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuatkuasa 1 Nov untuk tempoh dua tahun sehingga 31 Okt 2020.
UIAM dalam satu kenyataan hari ini berkata Rektornya Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak telah menyampaikan surat pelantikan kepada Miyagawa, 53, di Kedutaan Jepun di sini pada 19 Nov lalu.
Pelantikan Duta Jepun itu adalah bagi mewakili institusi, badan dan entiti terhormat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan UIAM.
"Pelantikan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Gabenor UIAM sedikit sebanyak dapat membantu UIAM bekerjasama dalam pelbagai bidang ilmu dengan universiti-universiti terkemuka Jepun.
"Ia juga akan membuka peluang dan ruang kepada UIAM untuk menjalinkan kerjasama terutama dalam bidang teknologi dan halal, yang boleh diguna pakai dan selaras dengan Dasar Pandang ke Timur yang boleh dijadikan penanda aras kepada hubungan dua hala Malaysia-Jepun dalam bidang pendidikan," katanya.
Miyagawa menjadi Duta Jepun ke Malaysia sejak 2014 dan merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Hubungan Antarabangsa dan Undang-undang dari Universiti Oxford, United Kingdom pada 1989.
Hubungan Malaysia dengan Jepun telah diperkuatkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dimulakan ketika beliau menjadi Perdana Menteri keempat terutama dengan memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur sejak 1982.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Lembaga Gabenor
#duta
#Dzulkifli Abdul Razak
#Jepun
#makio miyagawa
#UIAM
#Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan