awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta AS: Kabinet belum terima cadangan pelantikan Nick Adams, ada hak untuk tolak

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/07/2025
07:35 MYT
Duta AS: Kabinet belum terima cadangan pelantikan Nick Adams, ada hak untuk tolak
Datuk Fahmi Fadzil berkata, cadangan pelantikan mana-mana duta asing akan dibawa ke perhatian Jemaah Menteri melalui Kementerian Luar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan belum menerima sebarang memorandum rasmi daripada Wisma Putra berhubung pelantikan penulis dan pengulas konservatif, Nick Adams, sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Malaysia belum menerima memorandum rasmi daripada Wisma Putra mengenai pencalonan Nick Adams dan perkara itu belum dibawa ke Jemaah Menteri.
  • Malaysia berhak menolak pelantikan duta asing jika calon tidak menepati kriteria yang diperlukan, selaras dengan amalan diplomatik biasa.
  • Pencalonan Adams oleh Donald Trump mencetuskan bantahan kerana latar belakangnya sebagai pengulas konservatif tanpa pengalaman diplomatik rasmi.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, seperti kebiasaan, cadangan pelantikan mana-mana duta asing akan dibawa ke perhatian Jemaah Menteri melalui Kementerian Luar.
“Setakat ini, perkara tersebut belum dibawa ke peringkat Jemaah Menteri. Mungkin akan dibincangkan selepas kita menerima maklum balas terkini,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia, pada Selasa.
Katanya lagi, sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia berhak menolak pelantikan Adams jika didapati beliau tidak menepati kriteria yang diperlukan.
"Sama seperti apabila kita mencadangkan perwakilan ke negara asing, negara tuan rumah perlu beri persetujuan," ujarnya.
Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan pencalonan Adams sebagai duta ke Malaysia, yang mengundang bantahan pelbagai pihak.
Adams, 40, lebih dikenali sebagai pengulas politik dan tidak pernah berkhidmat dalam mana-mana jawatan rasmi di Jabatan Negara AS.
Dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump menyifatkan Adams sebagai seorang nasionalis luar biasa dan usahawan berjaya, serta memuji komitmennya terhadap ‘Nilai Keunggulan Amerika’.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Nick Adams
#Duta AS
#Malaysia
#pro-Israel
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan