PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mewajibkan pihak yang ingin menjalankan empat aktiviti membabitkan haiwan iaitu penginapan, menunggang dan mengepung, tempat perlindungan serta urusan jual beli haiwan hidup dalam kurungan mendapatkan lesen mulai 1 Jan lepas.
Ketua Pengarah Veterinar Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata langkah ini selaras dengan Seksyen 15 Akta Kebajikan Haiwan 2015, Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Fi Pelesenan) 2021.
Beliau berkata di bawah akta itu, 13 aktiviti melibatkan haiwan berkaitan pengurusan, penyimpanan serta penjagaan yang mewajibkan pelesenan dan aktiviti lain akan dikuat kuasa dalam fasa berikutnya.
"Kewajipan pelesenan ini bagaimanapun tidak terpakai untuk pemilik haiwan kesayangan yang dipelihara di rumah," katanya dalam sidang media webinar mengenai pelaksanaan penguatkuasaan aktiviti melibatkan haiwan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Norlizan berkata aktiviti lain yang memerlukan lesen daripada DVS termasuk hotel dan spa untuk haiwan, kedai binatang peliharaan serta tempat perlindungan haiwan terbiar.
Beliau juga berkata DVS memberikan tempoh tangguh selama enam bulan kepada pemilik premis terbabit untuk mendapatkan lesen.
Katanya permohonan lesen perlu dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://awa.dvs.gov.my, dan fi yang dikenakan ialah RM100 untuk tempoh setahun bagi setiap aktiviti manakala RM50 bagi pembaharuan lesen untuk tempoh tiga tahun.
Dr Norlizan berkata antara syarat pemohonan ialah menyediakan pelan bagi premis terbabit dan memastikan lima keperluan haiwan seperti tempat tinggal yang selesa, diet mencukupi dan berkhasiat serta hak menerima rawatan daripada pakar atau doktor veterinar dipenuhi.
Beliau berkata sebarang pelanggaran melibatkan akta dan peraturan terbabit boleh dikenakan penalti antara RM15,000 dan RM75,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
"DVS menyeru semua pihak berkepentingan agar memberikan kerjasama bagi mencapai objektif pelesenan tersebut dan seterusnya memastikan kebajikan haiwan menerusi aktiviti melibatkan haiwan terus terjamin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022
Di bawah akta itu, 13 aktiviti melibatkan haiwan berkaitan pengurusan, penyimpanan serta penjagaan yang mewajibkan pelesenan dan aktiviti lain akan dikuat kuasa dalam fasa berikutnya. -Gambar hiasan
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Taman Kucing Cyberjaya
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan Taman Kucing Cyberjaya di Taman Tasik Cyberjaya hari ini.
Aidilfitri: Pastikan keselamatan, keselesaan si comel sebelum pulang beraya
Mereka yang enggan membawa pulang si comel ke kampung, boleh meninggalkannya di rumah namun perlu beri penekanan kepada beberapa aspek.
"Kenapa tak pakai sarung tangan sentuh anjing?" - Dituduh haram, jawapan doktor ini memang 'win'!
Enggan isu berkenaan diperbesarkan hingga menimbulkan kekeliruan, doktor itu kemudian tampil menjawab mengapa dia tidak memakai sarung tangan.
OKU pendengaran atasi kekurangan jadi doktor veterinar
Dr Abdul Aziz Abdul Rahman merupakan antara penerima ijazah sempena Istiadat Konvokesyen UPM ke-45 di Serdang hari ini.
DVS kuat kuasa pelesenan bagi empat aktiviti libatkan haiwan
Langkah ini selaras dengan Seksyen 15 Akta Kebajikan Haiwan 2015, Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Fi Pelesenan) 2021.