Keputusan kabinet membenarkan perkhidmatan motosikal e-hailing baru-baru ini dilihat dari isu keselamatan secara keseluruhannya, kerana kajiannya nanti akan turut merangkumi aspek yang berkaitan dengan lain-lain perkhimatan penghantaran menggunakan motosikal.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Foo berkata walaupun ada pihak yang menyuarakan rasa bimbang dan membantah keputusan itu, tetapi pihaknya melihat ia dari sudut bahawa ini merupakan satu peluang untuk membuat satu kerangka keselamatan yang dapat mengubah cara menunggang motosikal dengan selamat.
"Ini termasuk penunggang motosikal yang terlibat dengan penghantaran makanan, dokumen dan sebagainya yang selama ini memang mereka tidak ada dikawal," katanya pada sidang media selepas turun padang ke Program Sokongan Keselamatan Perjalanan (CSSP) di Wisma TNB di sini, hari ini.
Beliau memberi contoh penunggang motosikal yang terlibat dalam perkhidmatan penghantaran makanan yang telah ada dalam negara sejak sekian lama, dan tidak pernah ada kerangka keselamatan bagi mengawal mereka.
Katanya banyak aduan diterima menyatakan mereka ini menunggang motosikal dengan laju dan dalam keadaan merbahaya, kerana dikatakan hendak mengejar masa.
"Itu sebabnya setakat ini tidak ada apa-apa kerangka keselamatan dan peraturan yang mengawal penunggang motosikal ini. Jadi, apabila kerajaan membuat keputusan untuk membenarkan perkhidmatan motosikal e-hailing ini, kita akan mengambil peluang ini untuk merangka satu peraturan baharu.
"Ini semua kita akan satukan dalam satu kerangka. kita akan bincangkan perkara ini bersama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kita akan menggunakan peluang ini untuk mengawal-selia dengan lebih baik dan kita harap ini akan dapat mengubah sikap penunggang motosikal ini," katanya.
Mengenai CSSP, beliau berkata program itu adalah kolaborasi antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Miros, yang merupakan satu program latihan pengurusan perjalanan selamat dan program intervensi untuk meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kemahiran berhubung keselamatan jalan raya, khususnya keselamatan menunggang motosikal semasa perjalanan pergi-balik kerja.
Katanya program ini mula diperkenalkan pada tahun 2017 dengan penyertaan seramai 20 majikan di sekitar Lembah Klang dan telah diperluaskan kepada 95 majikan pada tahun 2018.
"Pada tahun ini disasarkan 70 majikan menyertai program ini dengan Perkeso menyediakan peruntukan RM1.5 juta. Kerajaan amat prihatin terhadap isu keselamatan jalan raya yang melibatkan pekerja yang menunggang motosikal pergi dan balik kerja.
"Mengikut statistik purata setiap hari ada dua kematian dikalangan pekerja yang menunggang motosikal semasa perjalanan pergi-balik kerja dan kemalangan ini selalunya berlaku dalam lingkungan jarak 5 kilometer. Ini sesuatu yang amat membimbangkan dan kita harap perkara ini dapat ditangani dengan memberikan kesedaran dan juga kemahiran tentang keselamatan," katanya.
Bernama
Tue Aug 27 2019
Walaupun ada pihak yang menyuarakan rasa bimbang dan membantah keputusan itu, tetapi pihaknya melihat ia dari sudut bahawa ini merupakan satu peluang untuk membuat satu kerangka keselamatan yang dapat mengubah cara menunggang motosikal. - Gambar fail
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
MOT tubuh jawatan kuasa koordinasi, kerah aset bantu misi banjir - Loke
Kementerian Pengangkutan menubuhkan jawatan kuasa petugas khas bagi mengkoordinasikan misi bantuan banjir terutama di Pantai Timur.
MRL diminta periksa kawasan banjir jika disebabkan pembinaan ECRL - Loke
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) diminta segera memeriksa kawasan banjir khususnya di Pantai Timur sekiranya bencana itu disebabkan pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Petugas AeroDarat didakwa kasari penumpang NTL di KLIA digantung tugas
Tindakan itu bagi memberi laluan kepada ADS untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.
Insiden renjatan elektrik: Penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas dihentikan - MOT
APAD menghentikan penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas susulan kematian seorang remaja berumur 18 tahun maut akibat renjatan elektrik.
Pendawaian elektrik bas ekspres tak teratur punca remaja maut akibat renjatan elektrik
Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga antara punca insiden renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
LRT Pulau Pinang: Rundingan dengan kontraktor dalam fasa akhir - Loke
Rundingan dengan pihak kontraktor bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Pulau Pinang kini dalam peringkat akhir.