KUALA LUMPUR:Seramai 4,759 usahawan telah mendapat manfaat dari program Online Onboarding Coaching (E-Board) yang memfokuskan kepada topik digitalisasi sepanjang tahun 2020.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan, program yang diperkenalkan Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) pada Julai lepas memfokuskan usaha memperkukuh kemampuan dan kapasiti usahawan mikro, kecil dan sederhana dalam penggunaan platform secara dalam talian.
"INSKEN mensasarkan peningkatan jualan selepas menyertai program E-Board dan keberhasilannya terbukti apabila ada di antara kalangan usahawan yang telah berjaya melonjakkan jualan sebanyak 525.58 peratus semasa tempoh program bimbingan dijalankan.
"Manakala purata hasil jualan kesemua 250 peserta kohort 1 telah mencatat peningkatan sebanyak 17.57 peratus.
"Seiring dengan perubahan era globalisasi, INSKEN amat komited dalam membantu proses transformasi usahawan dari perniagaan konvensional kepada perniagaan secara dalam talian melalui platform seperti Facebook, Instagram, YouTube, WhatsApp dan Telegram," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Pada peringkat awal program E-Board, usahawan akan diberi pendedahan kepada semua platform dalam talian dalam jangka masa dua hari melalui sesi latihan General E-Marketplace.
Lanjutan itu, usahawan akan diberi peluang untuk memilih platform yang ingin dikuasai bersesuaian dengan perniagaan mereka agar dapat dibimbing selama tiga bulan oleh pakar secara lebih mendalam dan intensif.
Selain itu kata Wan Junaidi, INSKEN juga telah mempersiapkan usahawan ke arah ekonomi digital melalui Program INSKEN Business Training yang turut diadakan secara dalam talian.
"Antara topik-topik yang diberi pendedahan kepada usahawan adalah seperti WhatsApp untuk bisnes, pasarkan produk anda di e-Marketplace (Shopee & Lazada), zero cost marketing menggunakan Facebook dan banyak lagi.
"INSKEN akan sentiasa tampil ke hadapan untuk membantu usahawan bangkit semula dalam menghadapi krisis pandemik COVID-19 yang turut memberi kesan kepada ekonomi negara," ujarnya.
Dalam pada itu, pemilik Pusat Pembangunan Ilmu, Teratak Ilmu, Widad Fitriah menjadi usahawan yang berjaya melonjakkan jualan tertinggi melalui program E-Board.
Menurut Widad , syarikatnya telah menerima arahan untuk keluar dari premis perniagaan dalam masa 30 hari kerana tidak mampu lagi untuk membayar kesemua kos operasi yang tertunggak dan telah mencecah puluhan ribu ringgit.
"Namun, setelah mengikuti program E-Board dan mempelajari teknik pemasaran secara atas talian, saya berjaya melunaskan kesemua tunggakan tersebut.
"Kesemua kos operasi Teratak Ilmu kini 100 peratus mampu dibayar menggunakan hasil jualan berbanding dahulu yang terpaksa menggunakan sumber pendapatan lain untuk menampung kesemua kos tersebut.
"Pencapaian ini sudah berjaya dikekalkan selama empat bulan berturut-turut, hasil daripada bimbingan melalui program E-Board," jelasnya.
Maklumat lanjut mengenai program latihan keusahawanan anjuran Institut Keusahawanan Negara Berhad boleh didapati melalui laman web rasmi INSKEN di www.insken.gov.my.
Astro Awani
Thu Dec 10 2020
Kata Wan Junaidi, INSKEN juga telah mempersiapkan usahawan ke arah ekonomi digital melalui Program INSKEN Business Training yang turut diadakan secara dalam talian. - FOTO MEDAC
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Hina Raja Perlis, peniaga dihadap ke mahkamah
Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan menghantar perkhidmatan komunikasi jelik mengenai Raja Perlis di laman Facebook pada Mac lalu.
Kerajaan pantau konflik Asia Barat, pastikan keselamatan rakyat terjamin - PM Anwar
Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan konflik di Asia Barat dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia, sentiasa terjamin.
Facebook pernah pertimbang bayar pengguna untuk data penggunaan
Facebook dikatakan pernah suatu ketika dahulu mempertimbangkan untuk membayar pengguna yang menggunakan platform berkenaan. Namun, idea berkenaan ditolak dan tidak diteruskan.
Peniaga sayur warga emas rugi hampir RM1 juta angkara 'phone scam'
Seorang peniaga sayur di Cameron Highlands kerugian RM958,088 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai, tahun lalu.
Aidilfitri: 1.9 juta kenderaan dijangka guna Lebuhraya KLK - ANIH Berhad
Lebih 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan 882,000 kenderaan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), bagi tempoh 11 hari bermula hari ini.
'Call centre' pelaburan tidak wujud diserbu, 40 ditahan
Polis Johor menahan seramai 40 individu dipercayai terbabit dengan sindiket yang menawarkan pelaburan tidak wujud setelah menyerbu sebuah premis perniagaan yang dijadikan sebagai 'call centre'.
Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad
Malaysia setakat ini telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif Ops Ihsan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain.
Malaysia akan terus jadi Pengerusi ASEAN yang berkesan - Duta AS
AS mempunyai keyakinan penuh Malaysia sekali lagi akan menjadi Pengerusi ASEAN yang berkesan pada 2025.