SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor tetap dengan pendirian memilih Jajaran Selatan Selangor (Hulu Langat-Sepang-Westport) sebagai laluan bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri itu berbanding Jajaran Utara Selangor (Gombak-Serendah-Pelabuhan Klang).
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata Jajaran Selatan dipilih kerana akan membuka lebih banyak ekonomi baharu di bahagian Selatan, mengelak gangguan di kawasan tadahan air sekitar Lembangan Sungai Selangor dan menyelesaikan isu pengambilan tanah serta perpindahan penduduk melibatkan Jajaran Utara.
"Jajaran itu (Jajaran Utara) sudah lama ditolak dan kita telah melengkapkan segala kajian kepada Jajaran Selatan.
“Jadi isu untuk mempercepat atau melewatkan (projek ECRL) adalah disebabkan oleh keputusan Kerajaan Persekutuan yang mengubah kembali kepada laluan utara," katanya pada sidang media selepas menyerahkan Biasiswa Selangor Bitara dan Biasiswa Khas Datuk Menteri Besar Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri berpendapat jika projek itu ingin dipercepat, kerajaan pusat patut memilih Jajaran Selatan kerana semuanya sudah lengkap.
“Jajaran Utara banyak perkara yang belum lengkap, antaranya pengambilalihan tanah dan perpindahan beberapa penduduk di Kampung Keretapi, Ijok… ia akan mengambil masa," katanya.
"Itulah sebabnya dalam keputusan rasmi kami memilih Jajaran Selatan meskipun Jajaran Utara mempunyai kelebihan tersendiri kerana ia akan menyelesaikan isu Serendah Bypass,” katanya.
Aminudin berkata kerajaan negeri berpendapat Serendah Bypass masih boleh dilaksanakan dengan belanjawan berasingan manakala isu Jajaran Selatan masih boleh diselesaikan tanpa pembiayaan atau kos tambahan.
Isnin lepas, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata kerajaan pusat menanggung kerugian kira-kira RM1.25 juta sehari ekoran keputusan Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan persetujuan penjajaran semula projek ECRL.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata Jajaran Selatan dipilih kerana akan membuka lebih banyak ekonomi baharu di bahagian Selatan. - Youtube.com / Malaysia Rail Link Sdn Bhd
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ECRL: Kerajaan negeri Selangor tetap dengan pendirian pilih Jajaran Selatan
Selangor tetap dengan pendirian memilih Jajaran Selatan Selangor (Hulu Langat-Sepang-Westport) sebagai laluan bagi projek ECRL.
Kadar kemajuan projek ECRL capai 29 peratus
Angka itu menunjukkan kemajuan projek itu satu peratus lebih awal daripada jadual asal.