Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 April 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 April 2026.
 

  1. Najib tarik balik Titah Adendum, kekal di Penjara Kajang

    Bekas Ahli Parlimen Pekan berusia 73 tahun itu tidak lagi meminta mahkamah untuk membolehkannya menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun di rumahnya.

  2. 14 ADUN UMNO BN Negeri Sembilan tarik sokongan terhadap Menteri Besar

    Menurut Jalaluddin, keputusan itu dibuat susulan krisis membabitkan institusi adat dan Perlembagaan Negeri Sembilan, yang tegasnya perlu dihormati dan dipertahankan tanpa campur tangan politik.

  3. BN tanding solo PRN Melaka? "Itu rahsia parti" - Khaled Nordin

    Mohamed Khaled menyifatkan perkara berkaitan pembahagian kerusi dan kerjasama politik sebagai rahsia parti yang hanya akan didedahkan apabila tiba masanya.

  4. Kemelut DUN: PRN Negeri Sembilan mungkin tidak diadakan - PM Anwar

    Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan berkemungkinan tidak diadakan susulan ketidaktentuan politik yang sedang berlaku di negeri itu.
     
  5. Malaysia hargai pendirian berkecuali EU dalam konflik Asia Barat - Mohamad

    Malaysia amat menghargai pendirian berkecuali Kesatuan Eropah (EU) dalam konflik Asia Barat, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
     
  6. Kes serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, anak dipenjara 30 tahun, ibu kena penjara empat tahun

    Bapa dan abang kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram di Johor dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan berkaitan ideologi keganasan.
     

  7. DBKL tangani isu kesesakan di lokasi kritikal melalui projek naik taraf jalan

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melaksanakan tiga projek jalan bersasar di lokasi kritikal yang dikenal pasti berdasarkan analisis aliran trafik semasa serta unjuran pertumbuhan kenderaan.

     
  8. Kemelut DUN Negeri Sembilan: 'Saya terkejut tindakan UMNO'- Aminuddin

    Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meluahkan rasa terkejut terhadap tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO negeri itu yang sebulat suara mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri di bawah pimpinan beliau.

     
  9. Kemelut DUN: 'Saya kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan' - Aminuddin

    Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan beliau kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan meskipun 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadapnya.
     
  10. Kemelut DUN Negeri Sembilan: UMNO rujuk kepimpinan tertinggi parti - Ahmad Zahid

    Keputusan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, akan dirujuk kepada kepimpinan tertinggi parti untuk penelitian lanjut.

Advertisement

Must Watch Video