Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar dadah, dua tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman terhadap Ahmad Faisal Embong, 31, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 16.51 gram pada 15 ogos 2017 .
Kesalahan dilakukan di tepi jalan di Kampung Balik Bukit, Seberang Pintasan Dungun.
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 39b(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39b(2) akta yang sama yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dengan tidak kurang 15 kali sebatan.
Selain itu, tertuduh juga berdepan dua lagi pertuduhan iaitu memiliki dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 4.55 gram serta memiliki dadah berbahaya jenis nimetazepam seberat 0.57 gram.
Bagi dua pertuduhan itu, tertuduh dihukum empat tahun penjara dan didakwa di bawah seksyen 12 (2) akta dadah berbahaya 1952 serta boleh dihukum di bawah seksyen 12 (3) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud dan Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh pula diwakili peguam Mohd Farhan dari Tetuan Hanif & Co.
Sharom Abu Bakar
Mon Sep 30 2019
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman terhadap Ahmad Faisal Embong, 31, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. - Foto Astro AWANI
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Edar dadah tepi jalan, lelaki dijatuhi hukuman gantung
Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar dadah, dua tahun lalu.
Edar pil kuda tepi jalan Kemaman, Wan Mohd Ibnul dijatuhi hukuman gantung sampai mati
Seorang peniaga dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine dua tahun lalu.
Dakwat kekal: Jabatan Peguam Negara terima lebih 100 aduan
Jabatan Peguam Negara menerima lebih 100 aduan berhubung penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU).