awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Edar salinan cetak rompak buku Tommy Thomas, syarikat penerbitan beri amaran ambil tindakan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
01/02/2021
12:43 MYT
Edar salinan cetak rompak buku Tommy Thomas, syarikat penerbitan beri amaran ambil tindakan
Kenyataan tersebut menyusul selepas buku yang dilancarkan dua hari lalu dikatakan telah kehabisan stok berikutan mendapat permintaan yang tinggi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Syarikat penerbitan buku tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengedarkan salinan cetak rompak buku berkenaan dalam bentuk PDF.
GB Gerak Budaya dalam satu kenyataan pada Isnin, menegaskan pihak terbabit perlu segera menghentikan penyebaran salinan digital buku berjudul ‘My Story Justice in The Wilderness’ secara dalam talian itu.
“Buku berkenaan hanya boleh didapati dalam bentuk fizikal dan kita menggesa agar pengedaran cetak rompak dalam bentuk PDF dapat segera dihentikan.
“Kandungan versi digital buku itu kekal peribadi dan sulit,” kata kenyataan tersebut.
BACA: Tun Mahathir mahu saya letak jawatan kerana tentangan orang Melayu - Tommy Thomas
Tegasnya, pihak penerbitan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya perbuatan itu masih diteruskan.
Kenyataan tersebut menyusul selepas buku yang dilancarkan dua hari lalu dikatakan telah kehabisan stok berikutan mendapat permintaan yang tinggi.
Buku yang mengandungi 500 muka surat itu antara lain memaparkan kisah kejayaan dan kegagalan sewaktu pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan dari perspektif Tommy.
Ia termasuk melibatkan beberapa isu antaranya, krisis 1MDB; kontroversi pendakwah bebas, Dr Zakir Naik serta kisah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melepaskan jawatannya.
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#1MDB
#Tommy Thomas
#Peguam Negara
#Perdana Menteri
#Buku
#penerbit
#pengedar
#Cetak rompak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan