awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Edits dikemas kini dengan beberapa ciri baharu termasuk ‘Safe Zones’

Amanz
Amanz
19/08/2025
05:00 MYT
Edits dikemas kini dengan beberapa ciri baharu termasuk ‘Safe Zones’
Fungsi Safe Zone dan Snap to Edge membantu memastikan kandungan video tersusun kemas dan tidak terganggu oleh elemen media sosial. -Amanz
EDITS menerima beberapa ciri baharu untuk penghasilan video yang lebih kemas.

Ringkasan AI
  • Edits menerima kemas kini antara muka analitik yang memudahkan perbandingan dan pemilihan klip video paling menarik.
  • Fungsi Safe Zone dan Snap to Edge membantu memastikan kandungan video tersusun kemas dan tidak terganggu oleh elemen media sosial.
  • Sokongan Keyframe Curves dan paparan status eksport masa nyata ditambah, namun kawalan animasi hanya tersedia untuk iOS buat masa ini.

Antara penambahbaikan utama ialah antara muka analitik yang dikemas kini bagi membolehkan pengguna menukar serta membandingkan setiap klip video dengan lebih lancar.
Ini memudahkan pengguna mengenal pasti kandungan yang paling menarik untuk digunakan.
Meta menambah fungsi Safe Zone dalam ruangan suntingan video. Melaluinya, pengguna boleh melihat dengan jelas ruangan yang akan ditutupi oleh fungsi seperti kapsyen, butang suka atau sebagainya di media sosial.
Ia turut membantu dalam memastikan kandungan video tidak terganggu semasa dimainkan.
Ciri Snap to Edge juga diperkenalkan bagi memudahkan penyusunan semula kandungan secara tepat mengikut bingkai paparan.
Satu lagi penambahbaikan ialah sokongan untuk Keyframe Curves yang membolehkan kawalan lebih terperinci terhadap animasi dalam klip video.
Pengguna turut boleh melaras gerakan animasi dengan lebih mudah menggunakan kawalan lengkungan disediakan, namun buat masa ini hanya tersedia untuk peranti iOS sahaja.
Meta turut memperkenalkan paparan status eksport secara masa nyata yang boleh memberi gambaran lebih terperinci terhadap proses eksport video.
Pengguna akan diminta untuk tidak menutup skrin semasa proses rendering seumpama amaran yang digunakan dalam aplikasi CapCut. -Amanz
Topic Berkaitan
#Meta
#Edits
#safe zone
#Snap to Edge
#Keyframe Curves
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan