PETALING JAYA: Seorang ejen hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh dengan melanggar seorang anggota polis sehingga cedera parah dalam satu Sekatan Jalan Raya (SJR), awal bulan ini.
Yap Kah Wai, 29, didakwa melanggar Lans Koperal Meor Mohd Asri Meor Azlan Shah, 33, menggunakan kereta di SJR Jalan Besar Seri Kembangan, menghala ke Pekan Seri Kembangan di sini, pada 1.50 pagi, pada 5 Feb lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat tidak menawarkan jaminan kerana mangsa mengalami cedera parah selain tertuduh mempunyai 16 rekod jenayah lampau antaranya dadah, samun dan mencuri kenderaan.
Peguam Kailash Sharma memohon jaminan mengambil kira faktor anak guamnya itu belum dibuktikan bersalah, namun Hakim Jamaludin Mat tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Mac untuk sebutan semula kes.
Pada 5 Februari lepas, Bernama melaporkan seorang anggota polis dari Balai Polis Seri Kembangan cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta ketika bertugas dalam SJR dan akibat kejadian itu, mangsa patah kaki kanan dan menerima enam jahitan di belakang kepala selain cedera di kedua-dua tangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 09 2022
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Langgar polis semasa Op Tapis Khas, lelaki ditahan
Lelaki itu ditahan di Air Itam, sehari selepas kejadian, hasil daripada maklumat dan risikan yang dijalankan pihak polis.
Penyelia restoran didakwa mabuk, langgar anggota polis
Seorang penyelia restoran dihadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis trafik.
Lelaki didakwa rempuh kereta, serang polis elak ditahan
Seorang lelaki yang dipercayai cuba melarikan diri dengan merempuh kenderaan dan menyerang anggota polis sehingga menyebabkan kecederaan dua minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
Buruh ugut, khianat ibu mentua, langgar polis direman lagi
Seorang buruh kelapa sawit direman sekali lagi bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah dan khianat terhadap ibu mentuanya.
Ejen hartanah didakwa langgar anggota polis dalam sekatan jalan raya
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Buruh tidak mengaku salah langgar polis
Zaidi Baharom, 43, yang juga duda anak satu membuat pengakuan itu selepas empat pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.
Padah langgar polis kerana ingkar PKP, pekerja pendawaian dipenjara 12 bulan
Anggota trafik itu mengalami kecederaan patah tulang rusuk kiri, luka di bahagian atas bibir dan juga luka pada betis akibat dilanggar dengan motosikal oleh lelaki terbabit.
Remaja cedera ditembak ketika cuba langgar polis
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.05 pagi itu, suspek yang merupakan pemandu bersama seorang remaja dan seorang wanita cuba melarikan diri menggunakan sebuah kereta selepas diarahkan berhenti.