awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ejen hartanah rugi RM7 juta diperdaya Macau Scam

Bernama
Bernama
06/12/2022
10:48 MYT
Ejen hartanah rugi RM7 juta diperdaya Macau Scam
Mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan mangsa 'mempunyai 52 dos vaksin Sinovac dimohon atas nama mangsa secara tidak sah'.
KUALA LUMPUR: Seorang ejen hartanah wanita mengalami kerugian lebih RM7 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam menggunakan modus operandi terkini dengan menyamar sebagai Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 18 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata wanita tempatan berusia 66 tahun itu mendakwa menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan mangsa mempunyai 52 dos vaksin Sinovac dimohon atas nama mangsa secara tidak sah dan akan diambil tindakan oleh KKM.
Beliau berkata panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada polis yang memberitahu mangsa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan terdapat waran tangkap atas namanya.
"Percaya dengan perkara itu, mangsa diminta untuk membuka tujuh akaun bank tempatan yang baharu serta perlu serahkan kesemua maklumat akaun bank tersebut kepada suspek.
"Mangsa seterusnya diarahkan untuk membuat transaksi pemindahan wang simpanan peribadi berjumlah lebih RM7 juta ke dalam tujuh akaun baharu dibuatnya,'' katanya dalam kenyataan hari ini.
Amihizam berkata wanita itu menyedari telah diperdaya selepas membuat semakan dengan Bank Negara dan dimaklumkan terdapat transaksi pengeluaran tanpa pengetahuan mangsa daripada ketujuh-tujuh akaun bank yang baharu dibuatnya.
Beliau berkata mangsa yang tidak puas hati dan rasa tertipu telah membuat laporan polis semalam (5 Disember) dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Macau Scam
#vaksin
#polis
#ejen hartanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan